• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Rakan Kongsi Bintai, Generex Meterai Perjanjian Bagi Teknologi Platform Vaksin Li-Key

in Catalyst
A A
Rakan Kongsi Bintai, Generex Meterai Perjanjian Bagi Teknologi Platform Vaksin Li-Key
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Rakan kongsi Bintai Kinden Corporation Bhd, Generex Biotechnology Corporation memeterai Perjanjian Pelesenan dan Pembangunan bernilai US$50 juta dengan konsortium rakan kongsi di China bagi teknologi platform vaksin li-Key.

Teknologi tersebut dimiliki oleh anak syarikat Generex, NuGenerex Immuno-Oncology Inc.

Pengarah Urusan Bintan Kinden, Ong Choon Lui berkata kerjasama antara Generex dan rakan kongsinya di China akan menyokong platform pembangunan vaksin li-Key.

Beliau berkata perjanjian tersebut menggabungkan projek platform Ii-Key yang pertama untuk pembangunan dan pengkomersialan vaksin koronavirus li-Key-SARS-CoV-2 di China.

Ia juga menggabungkan yuran pelesenan pendahuluan bernilai US$5 juta, pembiayaan 100 peratus untuk pembuatan, pembangunan dan pendaftaran komersial, yuran kejayaan bernilai US$20 juta untuk kelulusan COVID-19 di China dan pembayaran royalti untuk jualan vaksin COVID-19 di China dengan potensi mencecah beberapa bilion dolar, katanya.

“Vaksin COVID-19 adalah produk pertama di bawah lesen platform li-Key ini.

“Ini memberi prospek yang baik kepada Bintai Kinden kerana kami mempunyai hak eksklusif untuk mengedar, menjual dan mengkomersialkan vaksin COVID-19 di Malaysia, Brunei, Myanmar, Kemboja, TimorLeste, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam,” katanya dalam kenyataan.

Ong berkata Bintai Kinden juga telah diberi hak penolakan pertama untuk mengedar dan memasarkan vaksin di Australia, New Zealand dan pasaran halal global.

Vaksin COVID-19 dibangunkan sebagai ‘vaksin yang lengkap’ mempunyai potensi mendorong tindak balas imun T-Cell dan antibodi dengan cara yang amat spesifik yang dapat memberikan imuniti pelindung dengan ingatan imunologi berpanjangan terhadap virus yang boleh membawa maut dan ancaman pandemik lain.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In