Johore Tin Berhad (KLSE: 7167) (JOHOTIN) merupakan syarikat penghasilan tin dan produk tenusu terutamanya, susu pekat dan susu sejat di kilang-kilangnya yang terletak di Kluang, Johor dan di Kuala Langat, Selangor. Kini, nilai pasaran JOHOTIN adalah sebanyak RM577.48 juta. Harga untuk seunit saham JOHOTIN pula adalah sekitar RM1.84.
Maka, mari kita lihat 12 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham JOHOTIN.
1 – Segmen 1: Penghasilan Tin
JOHOTIN telah mencatatkan pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 7.26%. Ianya meningkat daripada RM82.03 juta pada tahun 2012 kepada RM140.0 juta pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, segmen ini telah mengekalkan keuntungannya sebanyak RM10 sehingga 20 juta setahun kecuali pada tahun 2015.
Pada tahun 2015, JOHOTIN telah mencatat keuntungan hanya sebanyak RM9.42 juta untuk segmen ini kerana syarikat telah membiayai kos yang tinggi disebabkan penambahbaikan kilang dan mesin. Tambahan pula, kos bahan mentah pada tahun 2015 adalah lebih tinggi berbanding tahun yang lain.

2: Segmen 2 – Pembuatan Produk Tenusu
Pada 24 Oktober 2011, JOHOTIN telah membeli 100% saham syarikat Able Dairies Sdn Bhd dengan harga RM29.64 juta. JOHOTIN menjana pendapatan untuk segmen ini dengan pembuatan dan pengeksportan produk tenusu ke pelanggan-pelanggannya yang terletak di Afrika Barat, rantau ASEAN, dan Amerika Tengah.
Pada tahun2012, JOHOTIN telah mencatatkan pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 17.11%, meningkat daripada RM164.33 juta pada tahun 2012 kepada RM496.35 juta pada tahun 2019. Maka, daripada jumlah tersebut, segmen ini telah mencatatkan peningkatan keuntungan daripada RM3.62 juta pada tahun 2012 kepada RM45.98 juta pada tahun 2019.

3: Keputusan Kewangan 8 Tahun Terkini
JOHOTIN telah mencapai pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 13.01% dan 10.99% untuk keuntungan bersih pada tahun 2012 sehingga tahun 2019. Bagi JOHOTIN, perolehan telah meningkat daripada RM246.36 juta pada tahun 2012 kepada RM579.79 pada tahun 2019.
Daripada jumlah itu, keuntungan bersih telah meningkat daripada RM22.89 pada tahun 2012 kepada RM47.48 juta pada tahun 2019.


4: Return on Equity (ROE)
JOHOTIN telah mencapai purata lapan tahun ROE sebanyak 11.63% setahun. Ini bermakna JOHOTIN telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.63 untuksetiap RM100 ekuiti pemegangan saham pada tahun 2012 sehingga tahun 2019.
5: Pengurusan Aliran Tunai
Sejak tahun 2012 sehingga tahun 2019, JOHOTIN telah berjaya menjana aliran tunai operasi sebanyak RM186.53 juta RM82.27 juta untukpengeluaran ekuiti. Daripada jumlah tersebut, JOHOTIN telah membayar sebanyak:
– RM125.86 juta untuk Capital Expenditure (CAPEX) bersih.
– RM7.12 juta untuk pembelian 100% saham dalam Able Dairies Sdn Berhad.
– RM26.24 juta untuk pelaburan Joint Venture (JV) di Mexico.
– RM66.68 juta untuk dividen kepada pemegang saham.
Secara keseluruhannya, JOHOTIN telah menambah baki tunainya daripada RM20.02 juta pada tahun 2011 kepada RM75.15 juta pada tahun 2019.

6: Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q2 2020, JOHOTIN telah mencatatkan liabiliti bukan semasa sebanyak RM8.97 juta dan RM351.69 juta untukekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang JOHOTIN yang terkini adalah 2.55%. Pada masa yang sama, JOHOTIN telah merekodkan RM302.20 juta di dalam aset semasa dan RM103.25 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi JOHOTIN adalah 2.93.
7: Kedudukan Kewangan 12 Bulan Terkini
Dalam tempoh 12 bulan terkini, JOHOTIN telah mencatatkan perolehan sebanyak RM519.39 juta. Daripada jumlah itu, JOHOTIN telah menjana keuntungan bersih sebanyak RM43.39 juta atau Earnings Per Share (EPS) sebanyak 13.98 sen. Pada masa tersebut, JOHOTIN telah membayar 5.8 sen sesaham di dalam Dividend Per Share (DPS).

8: Pembelian Tanah di Mukim Klang
Pada 15 September 2020, JOHOTIN telah mengumumkan pembelian sebuah tanah yang seluas 29.03 ekar dengan harga RM44.26 juta.
JOHOTIN berniat untuk membina sebuah kilang baru di atas tanahtersebut, gudang dan pejabat bagi menyokong pelan pertumbuhannya pada masa hadapan.
9: Pelaburan Joint Venture di Mexico
Pada 30 Jun 2020, JOHOTIN telah mencatatkan pelaburan Joint Venture (JV) di Mexico yang bernilai sebanyak RM26.49 juta. Kini, JOHOTIN memiliki:
– 43% ekuiti saham dalam Able Diaries Mexico S.A.P.I. DE C.V. (AD Mexico)
– 54% ekuiti saham dalam Able Packaging S.A.P.I. DE C.V. (AP)
AD Mexico terlibat dalam aktiviti pembuatan dan pengeksportan produk tenusu di Mexico. JOHOTIN telah mengemukakan bahawa ia sedang membina kilangnya di Mexico. AP terlibat dalam aktiviti pembuatan bekas.
10: P/E Ratio
Pada 15 November 2020, harga saham JOHOTIN ialah RM1.86 seunit. Maka, P/E Ratio terkini ialah 13.30 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 13.98 sen. Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas(tahun 2012 sehingga tahun 2019), P/E Ratio terkini merupakan yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 1.86 / RM 0.1398
= 13.30

11: P/B Ratio
Pada Q2 2020, JOHOTIN telah merekodkan sebanyak RM1.13 untuk aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 1.65. Kalau kita bandingkan dengan P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (tahun 2012 sehingga tahun 2019), nisbah ini adalah lebih tinggi daripada purata dalam tempoh 8 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 1.86 / RM 1.13
= 1.65

12: Kadar Dividen
Untuk tempoh 12 bulan terkini, JOHOTIN telah membayar 5.8 sen di dalam DPS. Maka, kadar dividen terkini untuk JTB ialah 3.12%. Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (tahun 2012 sehingga tahun 2019), ia adalah lebih tinggi daripada nilai puratanya untuk tempoh lapan tahun yang lepas iaitu sebanyak 2.63%.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.058 / RM 1.86) x 100%
= 3.12%

Kesimpulan:
Kesimpulannya:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham JOHOTIN? Semuanya bergantung kepada pelan pelaburan anda sendiri.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)