• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Bursa Malaysia Melonjak Kepada RM86.23 Juta Pada Suku Kedua

in Berita
A A
Hala Tuju Pasaran Bursa Malaysia (20-24 Julai 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 melonjak kepada RM86.23 juta daripada RM46.34 juta yang direkodkan pada suku sama 2019.

Perolehan meningkat kepada RM179.78 juta daripada RM123.96 juta bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2020 keuntungan bersih syarikat itu melonjak 62 peratus kepada RM151.0 juta daripada RM93.2 juta yang dicatatkan pada tempoh sama sebelumnya, didorong perolehan operasi lebih tinggi, yang meningkat 33.6 peratus kepada RM320.7 juta daripada RM240 juta.

“Sementara itu, perbelanjaan operasi keseluruhan pada separuh pertama 2020 naik 3.7 peratus kepada RM127.1 juta daripada RM122.6 juta pada separuh pertama 2019 berikutan kos tenaga kerja dan teknologi yang lebih tinggi. Ia merupakan prestasi kewangan bagi separuh tahun pertama yang tertinggi sejak penyenaraian pada 2005,” menurutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muhamad Umar Swift berkata usaha berterusan untuk meningkatkan kerancakan pasaran dan mudah tunai memberi impak positif.

“Kami menyaksikan penyertaan runcit yang besar dan mencatatkan dagangan tertinggi dalam sejarah Bursa iaitu 12.5 bilion pada 20 Jun, 2020. Kemunculan golongan millennial dalam pasaran juga amat memberangsangkan dan keadaan itu menjadi sesuatu yang sememangnya kita berusaha mencapainya.

“Kami akan terus memperkenalkan inisiatif baharu dan memperkemas tawaran produk, seperti memperluas rangkaian saluran dan platform dagangan bagi meningkatkan kelancaran digital di Bursa Malaysia untuk generasi baharu pelabur,” katanya.

Beliau berkata Pulangan ke atas Ekuiti dan Pendapatan Sesaham tahunan masing-masing sebanyak 39 peratus dan 18.7 sen telah membolehkan lembaga pengarah mengumumkan dividen interim sebanyak 17.0 sen, yang tertinggi sejak disenaraikan pada 2005.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In