• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Telekom Malaysia (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Telekom Malaysia (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Telekom Malaysia Berhad (KLSE: 4863) (TM) adalah sebuah syarikat telekomunikasi berintegrasi nasional yang menjana pendapatannya daripada pembekalan servis-servis telekomunikasi seperti internet dan multimedia, data, dan voice di bawah jenama  seperti Unifi, TM One, dan TM Global. Kini, nilai pasaran TM adalah sebanyak RM15.82 bilion dan merupakan di antara 30 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham TM.

1. Perolehan

Te telah merekodkan peningkatan daripada segi perolehannya pada tahun 2010 sehingga tahun2017. Peningkatan ini berpunca daripada kenaikan jualan internet dan multimedia dan servis data TM pada tempoh tersebut. Namun, perolehan keseluruhannya telah mula menunjukkan penurunan sejak tahun 2018. Walaupun hasil jualan internet dan multimedia meningkat untuk tahun 2018 sehingga 2019, tetapi keuntungan ini tidak mampu untuk mengimbangi kerugian jualan voice TM yang teruk pada waktu yang sama.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Secara keseluruhannya, TM berjaya mengekalkan perolehan keseluruhannya di sekitar RM11 ke RM12 bilion pada tahun 2014 sehingga tahun 2019.

2. Keuntungan Bersih

TM telah merekodkan penurunan keuntungan bersih daripada RM1.21 bilion pada tahun 2010 kepada RM0.63 bilion pada tahun 2019. Ini disebabkan oleh kenaikan kos operasi keseluruhan dan kos faedah pembiayaan kerana syarikat telah menambah pinjamannya pada masa tersebut.

Pada tahun 2018, TM telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM153.2 juta, ini merupakan keuntungan bersih yang terendah dalam tempoh 10 tahun terkini. Penurunan keuntungan bersih ini kerana TM telah mencatatkan impairment loss yang berkaitan dengan penilaian aset fixed & wireless network pada Q3 2018 sebanyak RM934.8 juta .

3. Return on Equity (ROE)

TM telah merekodkan penurunan ROE daripada 16.5% pada tahun 2010 kepada 8.5% pada tahun 2019. Ini bermaksud, TM pernah menjana keuntungan bersih sebanyak RM16.50 bagi setiap RM100 ekuiti pemegang saham pada tahun 2010. Namunada tahun 2019, ia hanya mampu merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM8.50.

4. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2010 sehingga tahun2019, TM telah berjaya menjana aliran tunai operasi sebanyak RM 28.96 bilion. Daripada jumlah tersebut, TM telah membayar:

– RM22.68 bilion untuk pembelian property, plant & equipment (PP&E) bersih. 

– RM6.81 billion untuk dividen kepada pemegang sahamnya.

Di sini, kita mendapati bahawa TM adalah sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai secara positif daripada operasinya dan telah melaburkan kebanyakan daripada tunai tersebut untuk pembelian bersih PP&E. Pembelian PP&E dalam tempoh 10 tahun ini tidak menghasilkan penambahan keuntungan bersih bagi TM pada tahun 2010 sehingga tahun 2019.

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q2 2020, TM merekodkan hutang sebanyak RM10.67 bilion(RM8.77 bilion dalam borrowings dan RM1.90 bilion dalam lease liabilities) dan RM7.43 bilion di dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutangnya ialah 144%. TM mencatatkan sebanyak RM8.54 bilion di dalam aset semasa dan RM6.20 bilion di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi TM adalah 1.38.

6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Pada Q3 2019 sehinggaQ2 2020, TM telah berjaya merekodkan sebanyak RM11.04 bilion di dalam perolehan. Daripada jumlah itu, ia menjana sebanyak RM637.4 juta di dalam keuntungan bersih atau 16.9 sen dalam Earnings Per Share (EPS).

Pada Q4 2019, TM telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM51.1 juta. Ini kerana ia telah merekodkan RM233.7 juta dalam kerugian penilaian (fair value loss) dalam bentuk Exchangeable Medium Term Notes (MTN) pada suku tersebut.

7. Siapa Pemilik Utama TM?

Pada 19 Mac 2020, lima pemegang saham terbesar dalam TM adalah seperti berikut:

8. P/E Ratio

Terkini, harga seunit saham TM RM4.20. Ia telah menjana 16.9 sen di dalam EPS untuk tempoh 12 bulan terkini. Maka, P/E Ratio bagi TM ialah 24.85. Perbandingan di antara P/E Ratio semasa dengan P/E Ratio sebelumnya tidak diberikan di sini kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika TM berjaya mencapai pertumbuhan dari segi keuntungan bersih secara berterusan dalam masa 10 tahun yang lalu.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 4.20 / RM 0.169

= 24.85

9. P/B Ratio

Pada Q2 2020, TM telah mencatatkan aset bersih bernilai RM1.97 di bagi setiap saham. Maka, P/B Ratio semasa TM ialah 2.13, lebih rendah jika ini dibandingkan dengan purata bagi tempoh 10 tahun yang lalu.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 4.20 / RM 1.97

= 2.13

10. Kadar Dividen

Pada tahun 2019, TM telah membayar sebanyak 10.0 sen di dalam Dividend Per Share (DPS), Lebih sedikit jika dibandingkan dengan DPS sebelumnya.

Kadar dividennya adalah sebanyak 2.38% setahun. Sama dengan P/E Ratio, perbandingan kadar dividen semasanya dengan kadar dividen sebelumnya tidak akan diberikan.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.10 / RM 4.20) x 100%

= 2.38%

Kesimpulan

Secara kesimpulannya:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham TM? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share876ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In