• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia yang mencatatkan keuntungan semalam, dibuka rendah pagi ini berikutan sentimen pasaran yang begitu berhati-hati terutama menjelang pengumuman Belanjawan 2021 petang ini.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.84 mata kepada 1,499.65 selepas dibuka 0.69 mata lebih rendah pada 1,500.80.

Saham untung mengatasi rugi dengan 300 berbalas 141 sementara 318 kaunter tidak berubah, 1,383 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 377.93 juta bernilai RM219.29 juta.

Dalam satu nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata para pelabur menjangkakan pembentangan belanjawan kali ini, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, merupakan yang paling penting terutama di celah-celah krisis kesihatan yang memerlukan langkah-langkah seterusnya diperkenalkan bagi merancakkan semula ekonomi.

“Dalam situasi sekarang ini, kami mengharapkan pasaran kekal stabil dengan para pelabur terus berusaha mendapatkan pulangan perolehan yang lebih tinggi.

“Oleh itu, kami terus berpihak kepada sektor pembinaan memandangkan pengumuman Belanjawan 2021 petang ini mungkin menyaksikan projek-projek infrastruktur mega kekal dalam perancangan,” katanya.

Sektor teknologi terus berada di hadapan, mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh semalaman Nasdaq.

Seorang penganalisis lain pula menjangkakan mewujudkan pekerjaan dan melindungi petugas barisan hadapan akan menjadi fokus utama Belanjawan 2021.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.09, Public Bank meningkat dua sen kepada RM15.02, Top Glove dan Hartalega tidak berubah pada RM8.30 dan RM18.00.

Nestle mendahului saham paling rugi, turun 30 sen kepada RM139.70, diikuti oleh GHL System yang jatuh 23 sen kepada RM2.67 dan MISC lebih rendah 15 sen kepada RM6.73.

Saham paling cergas pula, Lambo dan Kanger masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 20 sen, sementara Vivocom naik 11 sen kepada RM1.18 dan JCY International meningkat tiga sen kepada 73.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.02 mata kepada 10,892.19, Indeks FBMT 100 meningkat 0.21 mata pada 10,682.34, sementara Indeks FBM Emas Shariah turun 5.95 mata kepada 13,126.78.

FBM 70 meningkat 51.99 mata kepada 14,385.04 dan FBM ACE 68.00 mata lebih kukuh pada 10,668.90.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.04 mata kepada 12,116.16, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 0.06 mata pada 149.30 dan Indeks Perladangan turun 4.58 mata kepada 7,127.03.

– BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In