Sebelum kita mula, kita kena tahu dulu apa yang terjadi kepada pasaran saham Bursa Malaysia sepanjang bulan Oktober 2020. Adakah bulan Oktober boleh disebut sebagai “Oktobull” atau “Oktobear”?

Jika kita lihat kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan Oktober 2020, carta menunjukkan pasaran saham negara kita sedang mengalami downtrend. Bermula pada paras 1,501.58 mata pada 1 Oktober 2020, ianya jatuh ke paras 1,466.89 mata di hujung bulan Oktober 2020.
Meskipun FBM KLCI kurang menarik, namun ada kaunter-kaunter saham yang masih berjaya membuat kenaikan sepanjang tempoh ini. Di sini, kami akan mengupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling untung sepanjang bulan Oktober 2020.

Daripada 10 kaunter patuh syariah paling untung ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza dalam senarai tersebut untuk dibincangkan secara lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang terpilih adalah:
- Nationwide Express Holdings Bhd (Natwide) – Sektor Logistik dan Kurier
- Chemical Company of Malaysia Co Bhd (CCM) – Sektor Produk Industri
- Prolexus Berhad (Prlexus) – Sektor Produk Pengguna & Servis
1. NATIONWIDE EXPRESS HOLDINGS BHD (NATWIDE) (9806)
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Nationwide

Sekali imbas, kita sudah tahu bahawa syarikat ini lemah daripada sudut fundamentalnya. Nilai Earning Per Share (EPS) dan Return On Equity (ROE) syarikat ini menunjukkan nilai negatif. Kita sudah pasti tidak mahu melabur dalam syarikat yang rugi.
Menurut laporan kewangan yang telah dikeluarkan oleh Nationwide, syarikat telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM5.7 juta. Jika kita merupakan pelabur yang mementingkan asas fundamental syarikat yang kukuh, kita tidak akan menekan butang ‘Buy’ setelah mengkaji syarikat ini. Dan tahukah anda bahawa Nationwide adalah syarikat yang dikategorikan sebagai kaunter PN17 dan syarikat ini di bawah pemerhatian Suruhanjaya Sekuriti?
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Nationwide

Harga saham Nationwide pada 1 Oktober adalah hanya 11 sen manakala pada 30 Oktober 2020, ia ditutup pada paras 59.5 sen. Peningkatan sebanyak 48.5 sen dalam masa sebulan ini sangat menakjubkan. Setelah berada dalam keadaan Sideway untuk sekian lama, saham Nationwide berjaya memecahkan paras rintangan pada 22 Oktober 2020 iaitu pada harga 19.5 sen. Namun, ia cuma mampu bertahan selama sehari sebelum melakukan pullback buat seketika.
Pada 27 Oktober, Nationwide bertahan sekitar paras sokongan yang sebelumnya adalah paras rintangan. Pada hari tersebut, sebuah bullish reversal candlestick telah terbentuk iaitu ‘Inverted Hammer Candlestick’ yang menandakan downtrend telah berakhir dan ada petanda untuk trend bertukar arah. Pada 30 Oktober, Nationwide sekali lagi membuat breakout dan memecahkan paras rintangan 39 sen. Kali ini, Nationwide melakukan kenaikan sebanyak 101.7% dalam masa sehari sehingga melakukan Limit Up.
Adakah saham ini boleh naik lagi? Sentiasa ada kemungkinan untuk naik lagi, tetapi kita tidak akan tahu di manakah puncak harga sahamnya. Seeloknya kita lebih berhati-hati.
Pandangan Daripada Sudut Catalyst Nationwide
Peningkatan harga saham Nationwide juga didorong oleh berita pengumuman PKPB yang berpunca daripada kes Covid-19 yang semakin membimbangkan. Psikologi pelabur beranggapan bahawa sekiranya orang ramai mula bekerja dari rumah, semakin banyak masa yang akan diluangkan di rumah maka ini akan menyebabkan orang lebih suka berbelanja di atas talian. Ini sekaligus membantu meningkatkan perniagaan syarikat kurier seperti Nationwide Express.
Pemilik syarikat iaitu Dr Roshayati Binti Basir turut mengambil peluang menambah pegangannya di dalam syarikat sejak awal bulan Oktober lagi. Selain daripada itu, catalyst penting bagi syarikat logistik dan kurier secara keseluruhannya, apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membekukan semua lesen perkhidmatan kurier baru selama dua tahun. Pembekuan lesen baharu akan bermula dari 14 September 2020 sehingga 15 September 2022.
2. CHEMICAL COMPANY OF MALAYSIA BERHAD (CCM) (2879)
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental CCM

Chemical Company of Malaysia adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan bahan kimia. Melihat kepada prestasi suku tahunan syarikat, CCM tidak pernah rugi pada setiap suku sehinggalah suku kedua tahun ini di mana syarikat ini telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM709 ribu.
Jumlah ini tidaklah memberi kesan yang besar kepada CCM kerana syarikat ini sentiasa mencatatkan keuntungan bersih bernilai jutaan ringgit bagi setiap suku. Jumlah unit saham yang diapungkan di papan utama Bursa Malaysia hanyalah sebanyak 167.70 juta unit yang menjadikan kaunter ini sebagai kaunter ringan dan senang untuk harga sahamnya naik dan turun.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal CCM

Harga CCM pada 1 Oktober adalah RM1.24 dan pada 30 Oktober adalah RM1.97. Kenaikan 73 sen ini memberi pulangan 58.87% kepada para pelabur sekiranya memegang saham ini selama sebulan. Setelah melakukan kenaikan selama beberapa hari, CCM membuat pullback yang sihat. Pada 14 Oktober, reversal candlestick yang bersifat bullish telah muncul pada carta iaitu ‘Bullish Engulfing’ yang menandakan trend akan bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
Adakah saham ini masih boleh naik? CCM masih berada dalam aliran uptrend dan belum ada lagi sell signal, maka ianya boleh diperhatikan. Seeloknya kita tunggu sehingga ia membuat pullback terlebih dahulu untuk risiko entry yang lebih rendah.
3. PROLEXUS BERHAD (PRLEXUS) (8966)
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Prlexus

Syarikat Prolexus Berhad merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan pakaian, tekstil, pelitup muka dan barangan sukan. Secara keseluruhannya, fundamentalnya agak baik. Modal pasaran Prolexus tidaklah begitu besar kerana jumlah saham yang diaupungkan sedikit. Ketiga-tiga nilai EPS, PE, dan ROE adalah positif yang menunjukkan bahawa syarikat ini sedang membuat keuntungan.
Prestasi kewangan bagi suku keempat tahun 2020 merupakan yang terbaik pernah dicapai dengan keuntungan bersih sebanyak RM23.88 juta. Prestasi yang baik ini dilihat sebagai penyumbang kepada kenaikan harga saham Prlexus.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Prlexus

Prlexus telah memecahkan paras rintangan iaitu 99 sen seawal 2 Oktober 2020. Sejak itu, Prlexus terus melakukan kenaikan sehingga 20 Oktober di mana candlestick shooting star telah muncul pada carta. Ia adalah sell signal kepada pelabur dan apa terjadi sejak daripada itu adalah tekanan jualan berterusan sehingga kini. Tekanan jualan yang kuat ini memberi petanda kepada kita agar tidak masuk ke dalam kaunter ini buat masa ini.
Seeloknya boleh tunggu sehingga pullback berakhir dan pembelian boleh dibuat sekiranya reversal candlestick telah muncul pada carta.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)