• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Techbond Mahu Mengembangkan Kapasiti Pengeluaran

in Catalyst
A A
Techbond Mahu Mengembangkan Kapasiti Pengeluaran

Kredit Gambar : Techbond

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Techbond Group Bhd merancang untuk mengembangkan kapasiti pengeluarannya dengan menambah dua barisan pengeluaran pengkedap serta dua pelekat panas dalam fasiliti pembuatan bersepadu Shah Alam, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di Malaysia.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Pelan Pengembangan Fasa 1 Shah Alam telah disiapkan pada Disember 2018 dan fasiliti Fasa 1 Shah Alam telah memulakan operasi menjelang Mac 2019 bagi mengeluarkan pelekat cair panas kelikatan tinggi. 

“Bagi Pelan Pengembangan Shah Alam Fasa 2, kami telah memasang barisan pengeluaran baharu sejak Mac 2019, dan operasi pembuatan dimulakan pada suku pertama 2020 untuk menghasilkan rangkaian pelekat cair panas kelikatan rendah bagi menawarkan senarai produk yang lebih luas kepada pelanggan kami,” katanya.

Sehingga 30 Jun 2020, kompleks kilang Techbond di Kota Kemuning, Shah Alam mempunyai enam barisan pengeluaran pelekat berasaskan air, lima barisan pengeluaran pelekat panas cair dan empat barisan pengeluaran pelekat, semuanya ditempatkan di dalam kemudahan pembuatan bersepadunya. 

Bagi perniagaan Vietnam, Techbond mahu membina dua barisan pengeluaran pelekat berasaskan air selain loji pempolimeran baharu di fasiliti pembuatan terkininya di Vietnam Singapore Industrial Park II-A (VSIP2). 

“Kami telah membina kilang pempolimeran baharu di VSIP2 dan akan memulakan pengeluaran polimer asetat polivinil (PVAc) menjelang suku keempat 2020. 

“Kami juga berhasrat untuk membangunkan dan mengeluarkan jenis pelekat berasaskan air yang baharu dengan menggunakan polimer PVAc yang dihasilkan oleh kilang pempolimeran kami sendiri di VSIP2 mulai suku pertama 2021 dan seterusnya,” katanya. 

Melangkah ke hadapan, syarikat itu menjelaskan kebimbangan pandemik COVID-19 akan menjejaskan sentimen pasaran dan menyebabkan pengguna sentiasa berhati-hati.

“Melihat kepada keadaan pasaran yang tidak menentu di hadapan, syarikat akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu bagi penjimatan tunai dan terus meneroka cara-cara untuk mengurangkan kos bagi meminimumkan kesan buruk pandemik COVID-19,” tambahnya lagi.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In