• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

#SmellTheRoses, Apa Yang Berlaku Minggu Lalu Dan Apa Yang Perlu Diperhatikan Minggu Ini

in Trading Idea
A A
Lima Catalyst Tumpuan Utama Pelabur Saham Global Pada Minggu Ini (27-31 Julai 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Keadaan di pasaran saham Bursa Malaysia masih berada di dalam keadaan ‘volatile’ walaupun jumlah dagangan daripada pelabur runcit meningkat.

Kredit : Bursa Malaysia

Lebih daripada 50% harga saham syarikat di pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan isu politik yang belum reda pada hari Jumaat lepas, berikutan Mesyuarat Khas Kabinet yang mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik’ kepada Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong telah memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada Ahad lepas dan telah mengeluarkan kenyataan tiada keperluan untuk mengisytihar darurat.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sementara itu pada hari Rabu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia telah pun mengeluarkan ‘Consumer Price Index’ (CPI) bagi September 2020 menunjukkan penurunan sebanyak 1.4%. Penurunan ini didorong oleh sektor pengangkutan (-9.9%) ikuti ‘Housing, Water, Electricity, Gas & Other Fuels’ (-3.0%) dan ‘Clothing & Footwear’ (-0.6%).  CPI adalah penanda aras bagi ekonomi yang kita perlu ambil tahu untuk mengukur inflasi.

Walaupun keadaan pasaran Bursa Malaysia yang agak ‘volatile’ minggu lalu,  terdapat beberapa syarikat yang membuat kenaikan harga sahamnya iaitu Nationwide Express (NATWIDE). Syarikat tersebut yang terlibat dengan logistik telah naik harga sahamnya lebih daripada 129% pada hari Khamis dan ditutup rendah pada harga RM 0.225 pada hari Jumaat. Manakala, syarikat perabot SHH Resources (SHH) yang telah menyaksikan harga sahamnya naik lebih daripada 40% dalam masa 4 hari sejak 20 Oktober 2020 dan ditutup tinggi pada harga RM1.13.

Lebih daripada 20 syarikat telah mengumumkan prestasi kewangannya minggu lalu dan berikut adalah antara yang menarik perhatian:

  1. Unisem (M) Berhad (UNISEM):
Kredit : Malaysiastockbiz

Prestasi Kewangan Q3FY2020 menunjukkan pendapatannya telah naik sebanyak RM357,681 juta menjadikan keuntungannya sebanyak RM 50,744 juta iaitu naik 1683% jika dibandingkan dengan Q3FY2019. Cumulative free cash flow (CFCF) juga dilihat bertambah baik. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan hasil jualan.

  1. ViTrox Corporation Berhad (VITROX):
Kredit : Malaysiastockbiz

Prestasi Kewangan Q3FY2020 menunjukkan pendapatannya telah naik sebanyak RM123,748 juta menjadikan keuntungannya sebanyak RM29,714 juta iaitu naik 114% jika dibandingkan dengan Q3FY2019. Cumulative free cash flow (CFCF) turun 4%. Peningkatan pendapatan suku tahun kali ini adalah hasil daripada permintaan oleh Machine Vision System dan Automated Board Inspection.

  1. Careplus Group Berhad (CAREPLS):
Kredit : Malaysiastockbiz

Prestasi Kewangan Q3FY2020 menunjukkan pendapatannya telah naik sebanyak RM122,705 juta menjadikan keuntungannya sebanyak RM42,856 juta iaitu naik 968% jika dibandingkan dengan Q3FY2019. Cumulative free cash flow (CFCF) melonjak naik sebanyak 20%. CAREPLS dikatakan akan meningkatkan kemudahan pembungkusan sarung getah tangan (surgical gloves) dari 72 juta pasang setahun kepada 288 juta pasang setahun pada akhir 2021.

Di Amerika Syarikat pula, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mungkin satu lagi bantuan COVID-19 akan diberikan sebelum pilihan raya Amerika Syarikat 3 November.

Beliau dijangka akan melanjutkan rundingan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Steven Mnuchin, di mana kedua-dua pihak tekad untuk berusaha mencapai kesepakatan yang bernilai sekitar USD 2 Trilion sebelum pilihan raya. Hal ini terserah kepada Presiden Donald Trump untuk bertindak dan berunding dengan pihak Republikan yang menentang. 

Pasaran Komoditi

Harga emas  masih cuba untuk bertahan di atas paras USD 1900 per auns.

Pergerakan harga emas juga perlahan pada sesi dagangan pada pagi Jumaat  kerana pasaran telah memberi tumpuan pada pendebatan Donald Trump dengan Joe Biden. Harga emas masih dalam cubaan untuk memecahkan paras rintangan 1930 dan sekiranya paras rintangan tidak berjaya, harga emas akan berlegar di paras 1900 dengan paras sokongan sekitar 1875.

Harga minyak mentah Crude Oil WTI kini berada di bawah $40 begitu juga Brent Oil yang kini berada di bawah $42. Permintaan minyak mentah dilihat masih lemah.

Harga minyak kelapa sawit (FCPO) bagi kontrak Januari di Bursa Malaysia naik RM 30 atau 1.1% menjadi RM 2888 se-tan. Analisa teknikal menunjukkan paras sokongan adalah di sekitar 2760 – 2740 dan paras rintangan adalah 2910 – 2980.

Minggu Ini

IPO Mr. DIY telah disenaraikan pada pagi Isnin dan menjadi kaunter yang paling aktif setakat pagi ini. Dibuka pada RM1.60 iaitu harga yang sama dengan harga IPO ditawarkan, harga saham IPO jatuh sehingga RM1.50 sebelum membuat kenaikan setinggi RM 1.80 setakat pagi ini.  IPO Econframe pula akan disenaraikan pada hari Selasa dengan jangkaan kenaikan sehingga RM0.34 oleh purata TP para analisis dikuatkan lagi dengan lebihan permintaan sehingga 40 kali ganda terhadap IPO tersebut.

Selain daripada itu, lebih daripada 30 syarikat dijangka akan mengumumkan prestasi kewangannya pada minggu hadapan antaranya Takaful Malaysia, Bursa Malaysia, Lotte Chemical, Globetronics dan Kronologi.  Berdasarkan sentimen yang sedang berlaku, pasaran dijangka masih mengalami keadaan ‘volatile’ minggu hadapan atas faktor sentimen isu politik negara yang masih belum selesai termasuk ‘Darurat Politik’, pengumuman prestasi kewangan syarikat serta peningkatan jangkitan kes COVID-19.

Di antara perkara penting yang perlu di perhatikan minggu ini adalah:

1. Inventori Minyak – Rabu

2. External Trade Statistic – Rabu

3. Producer Price Index – Rabu

4. US Initial Jobless Claims – Khamis

Dalam ketidak tentuan pasaran modal kini, para pelabur dinasihati untuk berhati–hati dalam pelaburan di Bursa Malaysia. Bekas CEO UEM Group Dato’ Izzadin pernah berkata, “While striving for your professional career, remember to stop and smell the roses”. Ada baiknya untuk berehat sebentar daripada dunia pelaburan setelah mengaut keuntungan dengan meneliti serta mengkaji kemungkinan pasaran Bursa Malaysia pada masa hadapan.

Penulisan ini adalah bertujuan pendidikan sahaja. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share276ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In