Income statement atau penyata pendapatan adalah satu daripada tiga penyata kewangan syarikat yang para pelabur boleh gunakan untuk membuat kajian mengenai Fundamental syarikat. Dua penyata yang lain adalah Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) dan Aliran Tunai (Cash Flow). Memahami penyata pendapatan syarikat ini adalah perkara yang kita wajib tahu sebagai seorang pelabur.
Apa itu Penyata Pendapatan?
Penyata pendapatan adalah rekod mengenai laporan kewangan syarikat bagi satu tempoh tertentu. Penyata ini juga dikenali dengan nama lain sebagai penyata untung rugi. Syarikat yang tersenarai untuk di Bursa Malaysia wajib melaporkan penyata pendapatan mereka bersama kunci kira-kira dan aliran tunai untuk setiap suku tahunan dan laporan lengkap setiap tahun.
Dalam penyata pendapatan ini, kita perlu mengambil perhatian kepada empat komponen penting iaitu:
- Pendapat Hasil Jualan (Net Sales/ Revenue)
 - Kos Perbelanjaan Produk (COGS)
 - Perbelanjaan (Expenses)
 - Perolehan Bersih (Net Profit)
 
Sekarang, mari kita fahamkan setiap komponen penting yang ada di dalam penyata kewangan ini.
Pendapatan/Revenue
Pendapatan syarikat adalah hasil daripada jualan produk perniagaan sesebuah syarikat. Biasanya, para penganalisa mengunakan perkataan jualan (sales) yang membawa makna yang sama.
Untuk pemahaman yang mudah, saya akan memberikan contoh tentang perniagaan yang diusahakan oleh Myra. Myra mengusahakan perniagaan kedai roti dan Myra menjana pendapatan syarikatnya daripada hasil jualannya seperti kek, roti dan biskut di kedainya. Berikut adalah laporan ringkas tentang hasil jualan Myra.

Jika kita lihat kepada jumlah hasil jualan ini sahaja, kita akan merasakan perniagaan Myra sangat mengagumkan. Namun, jumlah pendapatan ini sahaja tidak mengambarkan keseluruhan penyata pendapatan syarikat. Kita juga perlu tahu berapa jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan Myra.
Kos Perbelanjaan Produk (COGS)
Kebiasaanya, komponen kos perbelanjaan produk ini akan ditunjukkan selepas komponen pendapatan di dalam penyata pendapatan syarikat. Jumlah pendapatan tadi akan ditolak dengan jumlah kos perbelanjaan produk untuk mendapatkan jumlah pendapatan kasar syarikat.
Kos perbelanjaan produk ini adalah kos secara langsung yang digunakan untuk penghasilan produk jualan yang dihasilkan.
Contoh kos untuk perniagaan Myra adalah seperti kos bahan mentah untuk membuat kek, gaji pekerja yang khas untuk membuat kek dan lain-lain kos langsung dalam pembuatan produk-produk jualan daripada kedai rotinya ini.
Perbelanjaan/Expenses
Perbelanjaan atau juga dikenali sebagai perbelanjaan operasi bermaksud jumlah wang yang syarikat belanjakan selain daripada kos langsung penghasilan produk. Nilai perbelanjaan ini akan dinyatakan di penyata pendapatan syarikat dan kebiasaannya syarikat akan ada beberapa komponen perbelanjaan yang penting seperti sewa kedai, kos utiliti dan lain-lain lagi.
Berbalik kepada cerita perniagaan kedai roti Myra tadi, kita dah tahu pendapatan syarikat tetapi bagaimana pula dengan perbelanjaan syarikat?

Daripada pandangan kasar, pendapatan syarikat melebihi perbelanjaan syarikat. Ini menunjukkan bahawa syarikat mempunyai lebihan pendapatan yang positif.
Perolehan Bersih/ Net Profit
Untuk mendapatkan nilai perolehan syarikat, kita perlu menolak pendapatan syarikat dengan kos perbelanjaan produk dan perbelanjaan umum. Nilai ini adalah sangat penting kerana ianya menunjukkan nilai yang syarikat perolehi daripada perniagaan yang dijalankan setelah menolak kos-kos perbelanjaan yang lain.
Secara keseluruhannya, kita akan nampak penyata pendapatan syarikat Myra seperti berikut.

Contoh Sebenar Penyata Pendapatan Syarikat

Sumber: Bursamalaysia
Gambar di atas menunjukkan penyata pendapatan yang lengkap sesebuah syarikat dan komponen pendapatan adalah yang ditandakan dengan kotak merah. Pendapatan ini selalunya berada di bahagian atas penyata pendapatan syarikat.

Sumber: Bursamalaysia
Gambar di atas pula menunjukkan perbelanjaan syarikat. Kesemua komponen perbelanjaan ini adalah komponen yang biasa kita akan nampak di dalam semua penyata pendapatan syarikat.

Sumber: Bursamalaysia
Gambar di atas ini pula menunjukkan nilai perolehan syarikat. Komponen ini selalu berada di bahagian bawah di dalam penyata pendapatan syarikat. Nilai ini adalah nilai yang paling penting kerana dengan nilai inilah kita boleh membuat penilaian tentang syarikat tersebut.
Kesimpulan
Penjelasan tentang penyata kewangan ini adalah merupakan asas kepada pelabur baru yang selama ini tidak pernah kenal penyata pendapatan syarikat.
Sebagai seorang pelabur, memahami asas cara membaca penyata pendapatan syarikat ini adalah sangat penting kerana pelaburan kita adalah merupakan perniagaan kita. Sesebuah syarikat boleh menghasilkan pendapatan atau hasil jualan yang tinggi, namun sekiranya perbelanjaan syarikat melebihi pendapatan syarikat, syarikat akan berada dalam masalah kewangan.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout
			
		    


![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)