• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Meningkat Didorong Belian Kecil Ke Atas Saham Alami Penurunan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi hari ini dengan prestasi positif didorong pembelian secara kecil-kecilan oleh kalangan pelabur terhadap saham yang mengalami penurunan.

Bagaimanapun bagi keseluruhan pasaran, sentimen negatif yang berterusan masih mengekang pelabur daripada mendapatkan pegangan lebih besar.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras menambah 1.49 mata kepada 1,500.29 daripada 1,498.80 ketika ditutup semalam.

Barometer pasaran itu dibuka 0.96 mata lebih tinggi kepada 1,499.76 dan bergerak di antara 1,496.73 dengan 1,502.67 mata sepanjang sesi dagangan pagi.

Di papan skor, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 481 berbanding 445, sementara 451 kaunter tidak berubah, 790 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.83 bilion unit bernilai RM1.75 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata bursa tempatan berusaha untuk mendapatkan kestabilan, dengan kalangan pelabur membeli sedikit-sedikit saham yang mengalami penurunan.

“Walaupun sentimen pasaran negatif yang masih wujud mengekang pelabur daripada mendapatkan pegangan lebih besar namun saham berharga rendah mungkin terus mengalami pembelian mengikut pusingan sektor, didorong oleh aktiviti dagangan yang lebih tinggi berbanding purata sebelum ini,” menurut firma pembrokeran itu menerusi nota penyelidikan.

Ia berkata mengikut sektor, sektor teknologi akan terus berada pada kedudukan utama untuk melonjak menjelang pengumuman keuntungan korporat bulan depan.

Sektor perladangan turut dijangka mencatatkan peningkatan, memanfaatkan harga minyak sawit mentah selama tiga sesi berturut-turut yang menyaksikan komoditi itu meningkat kepada RM2,900 satu tan.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik lima sen kepada RM7.11, Public Bank menambah 30 sen kepada RM15.86, sementara Top Glove turun tiga sen kepada RM8.87 dan Hartalega susut lapan sen kepada RM17.72.

Kalangan saham aktif, Iris turun satu sen kepada 29.5 sen, Diversified meningkat 1.5 sen kepada 20 sen dan Daya Materials menokok setengah sen kepada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.38 mata kepada 10,899.49, Indeks FBMT 100 menokok 15.20 mata kepada 10,692.72 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 26.70 mata kepada 13,051.18.

FBM 70 menambah 38.26 mata kepada 14,421.40 dan FBM ACE melonjak 102.71 mata kepada 11,053.91.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 86.57 mata kepada 12,390.62, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.93 mata kepada 145.74 sementara Indeks Perladangan susut 62.35 mata kepada 6,858.10.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In