• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham United Plantations (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham United Plantations (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

United Plantations Berhad (KLSE: 2089) (UTDPLT) merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, yang menjana pendapatan syarikat daripada perladangan kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia. Nilai pasaran UTDPLT terkini adalah sebanyak RM6.0 bilion. Ini telah menempatkan UTDPLT di antara 10 syarikat kelapa sawit terbesar di Malaysia. Mari kita lihat 10 perkara tentang UTDPLT sebelum melabur ke dalam saham UTDPLT.

1. Saiz Perladangan Kelapa Sawit

Pada 21 September 2018, UTDPLT telah membeli ladang kelapa sawit daripada Pinehill Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (PPM), Syarikat Kaum Melayu Hilir Perak Sdn Bhd (SKMP) dan Tahir, Rozlan and Tasariff Sdn Bhd (TRT) yang mempunyai keluasan sebesar 8,999 ekar tanah pertanian dan sebuah kilang kelapa sawit (Palm Oil Mill) yang terletak di daerah Hilir Perak dengan harga RM400.94 juta.

Dengan pembelian tersebut, UTDPLT kini mempunyai ladang kelapa sawit sebesar 46,731 hektar dan 37,655 hektar (80.6%) daripada saiz keseluruhan ladang itu terletak di Malaysia dan baki 9,076 hektar (19.4%) terletak di Indonesia. Pada Disember 2019, usia ladang kelapa sawit UTDPLT secara keseluruhan adalah seperti berikut:

2. Pengeluaran Crude Palm Oil (CPO) dan Palm Kernel (PK)

Dari tahun 2010 sehingga tahun2019, UTDPLT telah mengekalkan jumlah pengeluaran CPO dan PK sebanyak 200 ribu dan 40 hingga 45 ribu tan metrik setahun. Hasil pengeluaran ini adalah UTDPLT telah saiz ladang kelapa sawitnya yang mempunyai saizlebih kurang 45,000 hektar dalam tempoh10 tahun yang lepas, sebelum pembelian ladang kepala sawit di daerah Hilir Perak pada tahun 2018.

Chart
Chart

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Lepas

Secara puratanya, UTDPLT telah mencatatkan perolehan lebih daripada  RM1.1 bilion dan berjaya menjana keuntungan bersih berjumlah lebih RM300 jutapada tahun 2010 sehingga tahun2019. Sepanjang tempoh 10 tahun tersebut, UTDPLT telah merekodkan purata Return on Equity (ROE) sebanyak 14.23% dan ini bermaksud, syarikattelah berjaya menjana RM14.23 setahun untukkeuntungan bersih daripada setiap RM1.00 dalam ekuiti pemegang saham.

Chart
Chart

4. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2010 sehingga tahun2019, UTDPLT telah menjana sebanyak RM3.65 bilion untuk aliran tunai operasi dan RM244.5 juta daripada pendapatan faedah. Daripada jumlah tersebut, UTDPLT telah menggunakannya untuk:

– RM1.10 bilion untuk capital expenditures (CAPEX) bersih dan perbelanjaan pra-tanaman kelapa sawit.

– RM400.9 juta untuk pembelian ladang kelapa sawit pada akhir tahun 2018. (Rujuk Nota 1).

– RM2.28 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Jadi jelas bahawa UTDPLT merupakan sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi yang positif secara berterusan yang membolehkannya untuk membayar dividen kepada pemegang sahamnya dalam tempoh 10 tahun tersebut secara konsisten.

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2020, UTDPLT mempunyai pinjaman daripada bank berjumlah RM100 ribu dan ini merupakan hutang tunggal baginya. Dengan ekuiti pemegang saham berjumlah RM2.57 bilion, nisbah hutangnya adalah hampir kepada sifar dan kita boleh mengabaikanya. UTDPLT mempunyai RM878.0 juta nilai aset dan RM113.4 juta di dalam liabiliti. Oleh itu, nisbah semasa adalah sebanyak 7.74.

Daripada jumlah aset semasa syarikat, UTDPLT mempunyai baki tunai sebanyak RM167.9 juta dan RM300.4 juta untuk dana jangka pendek yang berupaya untuk menjana pendapatan faedah kepada syarikat.

6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Pada 29 Mei 2020, UTDPLT telah berjaya menyenaraikan sebanyak 208.1 juta bonus sahamnya di Bursa Malaysia. Oleh itu, jumlah saham yang tersenarai untuk didagangkan telah bertambah menjadi 416.3 juta unit pada masa ini.

Untuk tempoh 12 bulan terkini, UTDPLT telah berjaya menjana perolehan sebanyak RM1.19 bilion. Keuntungan bersih yang dicatatkan syarikat pula berjumlah RM382.5 juta. Maka, nilai Earnings Per Share (EPS) UTDPLT adalah sebanyak 91.88 senjika dibandingkan dengan jumlah saham dagangan terkininya sebanyak 416.3 juta.

7. Siapa Pemegang Saham Utama UTDPLT?

Pada 31 Januari 2020, Yang Berbahagia Dato’ Carl Bek-Nielsen dan adiknya, Encik Martin Bek-Nielsen merupakan pemegang utama saham syarikat UTDPLT melalui pemegangan saham secara tidak langsung menerusi syarikatMaximum Vista Sdn Bhd (MVSB) dan United International Enterprises Ltd (UIEL). Kedua-dua syarikat inimempunyai sebanyak 43.7% dan 4.7% pemegangan saham dalam UTDPLT secara langsung.

Kini, Dato’ Carl Bek-Nielsen dilantik sebagai Naib Pengerusi UTDPLT. Martin Bek-Neilsen pula merupakanPengarah Eksekutif UTDPLT.

Selain mereka berdua, pemegang-pemegang utama saham UTDPLT adalah seperti berikut:

8. P/E Ratio

Pada 21 Oktober 2020, harga saham UTDPLT adalah RM14.40 seunit. Jadi, P/E Ratio terkininya adalah 15.67. Jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk tempoh 12 bulan terkini yang bernilai 91.88sen. Kalau kita membandingkan P/E Ratio terkini dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), P/E Ratio UTDPLT yang terkini hampir dengan nilai purata P/E Ratio dalam tempoh 10 tahun terkini.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 14.40 / RM 0.9188

= 15.67

9. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, UTDPLT telah mencatatkan sebanyak RM6.18 untuk aset bersihnya sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 2.13. Jika kita bandingkan ia dengan P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nilai P/B Rationya juga hampir dengan nilai puratanya dalam tempoh 10 tahun terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 14.40 / RM 6.18

= 2.33

10. Kadar Dividen

Pada tahun 2019, UTDPLT telah membayar dividen sebanyak RM280.0 juta kepada pemegang sahamnya. Dengan jumlah baru unit saham yang tersenarai iaitu sebanyak 416.3 juta unit, DPS-nya pada 2019 adalah sebanyak 67.3 sen. Oleh itu, kita boleh rumuskan bahawa UTDPLT merupakan syarikat yang membayar dividen saham secara berterusan dan meningkat dalam tempoh 10 tahun terkini.

Chart

Kadar dividen terkini untuk UTDPLT ialah 4.67%. Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), kadar dividen terkininya  adalah lebih tinggi daripada nilai puratanya untuk tempoh 10 tahun terkini iaitu sebanyak 4.36

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.673 / RM 14.40) x 100%

= 4.67%

Kesimpulan:

Secara kesimpulanya, kita boleh merumuskan bahawa UTDPLT mempunyai :

Jadi, wajarkah untuk kita  melabur dalam saham United Plantations ini?

Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share329ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In