Pelabur bijak senantiasa mencari ruang pelaburan yang selamat dengan potensi keuntungan yang meningkat saban tahun. Lebih baik lagi sekiranya ia disertai dengan pulangan dividen yang baik.
Namun bukan semua strategi pemberian dividen memberikan pulangan yang sama apabila adanya lebih 10,000 saham di Wall Street, dengan setiap satu daripadanya memiliki kelebihan tersendiri di pasaran modal New York (NYSE).

Tetapi kejap, apa yang dimaksudkan dengan dividen aristrokrat ini?
Aristokrat adalah merupakan sebuah terma yang menggambarkan suatu kelas sosial golongan bangsawan. Di Wall Street pula, S&P telah memperkenalkan indeks S&P 500 Dividen Aristokrat pada Mei 2005 yang merujuk kepada syarikat cip biru (blue chip) yang tersenarai di dalam indeks S&P 500 sahaja. Ianya bukan sahaja berterusan membayar dividen, bahkan prestasi dividen syarikat meningkat saban tahun.

Menurut S&P, sejak tahu 1926 lagi dividen telah memberikan 1/3 pulangan ekuiti kepada para pelabur berbanding 2/3 daripada kenaikan harga saham (capital gain). Inisiatif memperkenalkan S&P 500 Dividen Aristokrat adalah disebabkan permintaan tinggi para pelabur yang tidak hanya mencari saham syarikat dengan Dividend Yield (DY) yang tinggi, tetapi beberapa kriteria lain supaya ianya sesuai sebagai sebuah instrumen pelaburan jangka masa panjang.

S&P telah mengetengahkan pemilihan kriteria dividen aristokrat yang sangat ketat dalam memastikan kualiti perkembangan dividen. Selain daripada memberikan pulangan maksimum, perubahan harga saham yang kurang sensitif (volatile) bahkan nilai nisbah wang tunai yang tinggi biar pun keadaan ekonomi tidak memberangsangkan.
5 kriteria utama untuk disenaraikan sebagai dividen aristoktrat adalah:
- Syarikat yang tersenarai di dalam indeks S&P 500
- Nilai dividen perlu meningkat setiap tahun sekurang–kurangnya dalam tempoh 25 tahun
- Pasaran modal sekurang-kurangnya USD3 bilion
- Berlakunya transaksi jual beli saham syarikat di pasaran modal sekurang–kurangnya USD5 juta dalam tempoh 3 tahun
- Tidak menjadi pemberat indeks S&P 500 Dividen Aristokrat melebihi 30% serta peserta indeks tidak pula kurang daripada 40 buah syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor
Pasaran modal yang besar dan syarikat cip biru yang berlatarbelakangkan pelbagai industri, ianya menunjukan keseimbangan yang sihat di antara perkembangan pasaran modal dan juga pendapatan dividen. Apa yang paling penting, syarikat yang tersenarai dalam indeks ini mampu memberikan pulangan lumayan setiap tahun!

AWAS! Sebagai pelabur Muslim, menjadi kewajipan kita dalam mencari saham–saham berstatus shariah sahaja. Dengan semakan setiap 3 bulan, S&P bertanggungjawab dalam memastikan setiap syarikat memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam membantu para pelabur saham global mencari ruang pelaburan jangka masa panjang.
Terkini, terdapat 65 buah syarikat tersenarai dan daripada 65 buah syarikat ini, kita perlu tapis syarikat yang patuh shariah sahaja sebelum melakukan pelaburan.

VF Corporation merupakan salah satu syarikat yang tersenarai dalam indeks tersebut berstatus patuh shariah mengikut platform Islamicly. Berpangkalan di Denver, Colorado, syarikat ini terlibat dalam perniagaan pakaian dan terkenal dengan seluar jeans sejak tahun 1899 lagi. Syarikat ini merupakan pemilik jenama pakaian terkenal di serata dunia seperti Kipling, Timberland, The North Face, Vans dan juga Jansport.

Seterusnya, Sherwin-Williams Co (NYSE : SHW) juga merupakan syarikat yang berstatus patuh shariah menurut Islamicly. Tersenarai sebagai salah sebuah syarikat dalam indeks S&P 500 Dividen Aristokrat ini, SHW menjalankan perniagaan dan pengilangan cat sejak tahun 1866. Berpangkalan di Ohio, produk mereka mendapat permintaan yang tinggi dalam pelbagai sektor seperti automotif, kapal terbang, kegunaan industri dan juga sektor marin dan memasarkannya kepada lebih 110 buah negara.
Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




