• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Maybank, Top Glove, Public Bank : Syarikat Terbesar Malaysia

in Berita
A A
Maybank, Top Glove, Public Bank : Syarikat Terbesar Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, July 24 (Bernama) — Maybank, Top Glove dan Public Bank merupakan syarikat terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran setakat hari ini.

Maybank, bank terbesar negara dengan permodalan pasaran RM88.6 bilion, sememangnya sentiasa berada di puncak dengan wajaran indeks (CI) komposit 11.15 mata, diikuti Public Bank dengan wajaran CI  8.76 mata.

Public Bank yang terkenal dengan dana bersama mempunyai permodalan pasaran RM69.5 bilion setakat semalam.

Bagaimanapun, kemunculan pandemik COVID-19 telah merubah keadaan dengan Top Glove, yang pernah berada di tangga bawah FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), kini mengambil tempat Public Bank, menjadi syarikat permodalan pasaran kedua terbesar di Bursa Malaysia.

Menurut data Bloomberg, syarikat pembuat sarung tangan itu kini mempunyai permodalan pasaran RM70.45 bilion, dengan wajaran CI pada 8.87 mata; menyaksikan purata 52 minggu RM4.21-RM26.30. 

Saham Top Glove, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu telah melonjak lebih 450 peratus setakat tahun ini, disokong oleh permintaan luar biasa dari negara seluruh dunia ekoran meningkatnya jumlah kes COVID-19.

Ini, meskipun selepas Kastam AS menempatkan anak-anak syarikatnya, Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd dalam senarai sekatan “Withhold Release Order”.

Sementara kaunter sarung tangan memperlihatkan lonjakan luar biasa, kaunter-kaunter perbankan sebaliknya, terus tertekan ekoran data inflasi yang tinggi serta peningkatan dalam kadar pengangguran, yang boleh menjuruskan kepada senario pinjaman tidak berbayar yang tinggi.

Bagaimanapun, adalah penting untuk diketahui bahawa bank-bank mempunyai asas dan penampan yang kukuh untuk melindungi sektor itu daripada tekanan tambahan ekoran COVID-19.

Menurut Bank Negara Malaysia, bank-bank Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berbanding ketika berlakunya Krisis Kewangan Asia 1997 dan Krisis Kewangan Global 2008-2009.

— BERNAMA

Share273ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In