Semakin ramai yang celik dengan peluang pelaburan saham di pasaran saham global, terutamanya pasaran saham di Amerika Syarikat. Dengan adanya kemudahan di hujung jari, semakin ramai yang ingin menceburkan diri.
Namun, kita tak semestinya terlalu ghairah dan terus ‘terjun’ ke dalam pasaran saham Amerika Syarikat, sebaliknya kita kena ambil tahu dulu beberapa perkara penting seperti berikut.
1. Federal Open Market Committee (FOMC)
Federal Open Market Committee atau singkatannya FOMC merupakan mesyuarat yang dikendalikan oleh ‘The Fed’ (US Federal Reserve) di mana ianya mempunyai peranan yang hampir sama dengan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia.

Setiap kali adanya mesyuarat FOMC ini, para pelabur dan pedagang akan menumpukan perhatian kepada segala keputusan yang dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa tersebut dan biasanya pasaran juga akan bertindak balas dengan setiap keputusan mesyuarat FOMC sama ada mereka ingin menaikkan, menurunkan atau pun mengekalkan kadar faedah.
2. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) adalah salah satu cara untuk mengukur pertumbuhan bagi sesebuah negara dan keadaan ekonomi sesebuah negara.

3. Non-Farm Payrolls (NFP)
NFP adalah salah satu cara untuk mengukur kadar pengangguran dengan mengukur jumlah pekerja dari semua industri pada bulan sebelumnya kecuali di industri pertanian.
Lebih banyak peluang pekerjaan yang wujud bermakna lebih banyak pengguna akan mampu untuk berbelanja dan memberi kesan positif terhadap aktiviti ekonomi.
4. Jobless Claims/Unemployment Rate
Jobless Claims atau kadar pengangguran adalah lagging indicator kerana setiap peningkatan atau penurunan pengangguran hanya akan dapat dilihat ketika kita telah sedar tentang keadaan ekonomi. Oleh sebab itu, kadar pengangguran tidak sesuai untuk melihat ramalan atau jangkaan ekonomi masa hadapan.
Ketika dalam keadaan ekonomi yang gawat, kadar pengangguran juga akan meningkat manakala ketika ekonomi dalam keadaan baik dan berkembang, kadar pengangguran akan menurun.
5. Purchasing Managers’ Index (PMI)

PMI adalah petunjuk kepada pertumbuhan ekonomi bagi sektor pembuatan dan servis. Tujuannya untuk memberikan maklumat mengenai keadaan semasa dan jangkaan masa hadapan sesebuah perniagaan melalui keputusan pentadbiran syarikat, penganalisis dan pelabur.
PMI pembuatan adalah nombor dari 0 hingga 100. PMI di atas 50 mewakili pengembangan manakala sekiranya bacaan PMI di bawah 50 ia menunjukkan penguncupan, dan bacaan di 50 menunjukkan tidak ada perubahan berbanding bulan yang sebelumnya.
6. Inventori Minyak Mentah (EIA)
Setiap minggu, Energy Information Administration (EIA) akan mengukur perubahan inventori jumlah tong minyak mentah komersial (crude oil) oleh firma Amerika Syarikat.
Tahap inventori ini juga mempengaruhi harga produk petroleum di mana ianya boleh memberi impak terhadap inflasi harga minyak serta sektor pembuatan seperti penghasilan produk plastik.

Sekiranya kenaikan inventori minyak mentah melebihi daripada jangkaan, ini menunjukkan permintaan yang lemah dan akan berlakunya penurunan harga minyak mentah. Begitu juga sebaliknya, apabila penurunan inventori minyak mentah kurang daripada yang dijangkakan, ia menunjukkan permintaan lebih tinggi dan akan berlakunya kenaikan harga minyak mentah.
Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.
Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Dah mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet