Selain daripada membeli saham syarikat, ramai juga yang berminat untuk membeli waran sesebuah syarikat. Ini kerana potensi pulangan untuk waran biasanya lebih tinggi daripada saham. Namun harus diingat, potensi kerugian waran juga biasanya lebih tinggi daripada saham.
Untuk mengenal pasti sama ada sesebuah waran itu adalah baik atau tidak, terdapat lima komponen penting yang kita perlu diperhatikan:
1) Maturity date,
2) Exercise price,
3) Premium,
4) Conversion ratio,
5) Gearing.
1. Maturity Date
Perbezaan di antara waran dan saham induk (mother share) adalah, waran mempunyai tempoh matang yang tertentu.
Tempoh matang sesuatu waran kebiasaannya di antara 3 tahun sehingga 10 tahun. Kebiasaannya pergerakan waran akan menjadi perlahan apabila tempoh matangnya semakin dekat kerana kurang minat pembelian daripada pelabur.
Waran yang menghampiri tempoh matang jika tidak ditukarkan kepada mother share dengan bayaran tertentu, akan menyebabkan wang kita hangus begitu sahaja.

Maturity date yang boleh disemak melalui laman web (Sumber: malaysiastock.biz)
2. Exercise Price
Exercise price merupakan nilai wang yang perlu ditambah oleh setiap pelabur yang memiliki waran bagu menukarkannya kepada mother share.
Jika waran yang dibeli sudah bertukar statusnya kepada “suspended”, maka pelabur hanya mempunyai dua pilihan:
1. Menukarkan waran tersebut kepada mother share dengan menambah nilai exercise price mengikut jumlah unit pegangan.
2. Membiarkan waran hangus terbakar dalam portfolio.

Laman web yang menunjukkan butiran berkenaan warrant ini (Sumber: klsescreener.com)
Contohnya kita membeli waran saham syarikat ED-WC ini dan mahu menukarkannya kepada mother share, dinyatakan bahawa exercise price atau pun strike value adalah RM0.42 seunit. Sekiranya kita memiliki pegangan waran sebanyak 30,000 unit, maka amaun yang perlu ditambah lagi bagi menukarkan waran ini kepada mother share adalah sebanyak RM0.42 x 30,000, yang berjumlah RM12,600. Nilai ini belum lagi termasuk dengan kos-kos broker dan juga perkhidmatan yang lain.
Namun jika setelah membuat penilaian dan perbandingan dengan mother share, jika kita merasakan bahawa ia merupakan sesuatu yang berbaloi, maka bolehlah untuk menukarkannya kepada mother share. Jika sebaliknya, maka menjual sebelum tamat tempoh luputnya (expiry date) adalah pilihan yang lebih baik daripada membiarkan sahaja ia hangus di dalam portfolio kita.
3. Premium
Waran yang baik adalah waran yang mempunyai nilai premium yang negatif. Sebagaimana kita boleh menyemak maklumat exercise price, kita juga boleh menyemak nilai premium sesebuah waran tersebut.
Formula pengiraan premium adalah:
<Mother share price – (Current price waran + exercise price)> / mother share price x 100%
Jika nilai premium adalah negatif (contohnya: -4.36%) bermaksud jika kita membeli dan menukarkan waran tersebut kepada mother share, kita akan memperoleh keuntungan mengikut nilai premium tersebut, iaitu keuntungan sebanyak +4.36%.
Manakala jika nilai premium adalah positif (contoh: +49.69%), bermaksud jika kita membeli dan menukarkan waran kepada mother share, kita akan memperoleh kerugian mengikut nilai premium tersebut, iaitu menanggung kerugian sebanyak -49.69%.
4. Conversion Ratio
Conversion ratio bermaksud nisbah penukaran di antara waran kepada mother share. Kebiasaannya, conversion ratio bagi waran adalah 1:1, namun ada juga yang dinisbahkan dengan nisbah yang lebih besar ataupun kecil.
Sebagai contoh, jika convestion ratio adalah 3:1, ini bermakna kita memerlukan 3 unit waran untuk menukar kepada 1 unit saham mother share.
Gearing
Formula pengiraan gearing adalah:
(mother share price/ current price warrant) x 100%
Ini adalah jumlah leverage kewangan yang ditawarkan oleh sesuatu waran. Semakin tinggi nilainya, maka semakin besar potensi keuntungan ataupun kerugiannya.
Nilai gearing yang selamat adalah nilai yang hampir dengan 1.

Butiran berkenaan saham atau pun waran yang boleh dicapai melalui laman web screener ini (Sumber: klsescreener.com)
Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran


Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?
Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)