• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Uchitec (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Uchitec  (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Uchi Technologies Bhd (KLSE: 7100) (Uchitec) adalah merupakan sebuah syarikat Original Design Manufacturer (ODM) yang menghasilkan electronic control systems dan mempunyai kilang di Pulau Pinang, Malaysia dan di Dongguan, China. Terkini, nilai pasaran Uchitec adalah bernilai RM1.16 bilion.

Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur saham Uchitec yang berharga RM2.58 pada 15 Oktober 2020.

1. Pasaran Utama

Pada tahun 2019, Uchitec telah berjaya menjana perolehan keseluruhan sebanyak RM148.1 juta atau 95% daripada pelanggan utamanya di Eropah, terutamanya di Switzerland, Portugal, dan Jerman.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

Uchitec telah merekodkan penurunan untuk perolehan dan keuntungan bersih daripada tahun 2010 kepada 2013. Bermula dari tahun 2013, Uchitec telah mencatatkan pertumbuhan CAGR sebanyak 8.9% dan 11.7% untuk perolehan dan keuntungan bersih. Perolehan telah meningkat daripada RM94.0 juta pada tahun 2013 kepada RM156.7 juta pada tahun 2019.

Ianya berpunca daripada peningkatan jualannya kepada pelanggan utama untuk tempoh masa tersebut. Oleh itu, keuntungan bersih Uchitec telah meningkat daripada RM39.1 juta pada tahun 2013 kepada RM75.9 juta pada tahun 2019.

3. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2010 sehingga tahun2019, Uchitec telah menjana aliran tunai operasi yang positif sebanyakRM563.6 juta dan RM43.9 juta daripadapendapatan faedah. Dengan ini, Uchitech telah menggunakan tunainya untuk:

– RM66.3 juta untuk capital expenditures (CAPEX) bersih.

-RM25.2 juta untuk pemulangan kapital (ekuiti) bersih.

– RM505.9 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Dengan ini terbukti bahawa Uchitec merupakan sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi secara berterusan dan telah memilih untuk memberi kebanyakan tunai yang dijanakan kepada pemegang sahamnya dalam bentuk pembayaran dividen sepanjang tahun 2010 sehingga tahun 2019.

4. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Untuk tempoh  12 bulan terkini, Uchitec telah mencatatkan penurunan perolehan dan keuntungan bersih disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda. Secara keseluruhannya, ia telah mencatatkan perolehan sebanyak RM143.7 juta dan telah menjana keuntungan bersih sebanyak RM70.5 juta.

Nilai  Earnings Per Share (EPS) Uchitec pula adalah 15.71 sen.

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2020, Uchitec telah mencatatkan sebanyak RM153.1 juta untuk ekuiti pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang hutang. Maka, nisbah hutang terkini bagi Uchi adalah sifar. Pada masa yang sama, Uchitec merekodkan sebanyak RM133.8 juta untuk  aset semasa dan RM73.3 juta untuk liabiliti semasa.

Jadi, Uchitec mempunyai nisbah semasa terkini sebanyak 2.34.

6. Pemegang Saham Utama

Pada 5 Jun 2020, 5 pemegang saham utama bagi Uchitec adalahseperti berikut:

Ted Kao merupakan Pengarah Eksekutif bagi Uchitec. Stanley Huang pula merupakan anak saudara bagi Ted Kao dan beliau adalah Pengarah Pengganti (Alternate Director) untuk Ted Kao.

7. P/E Ratio

Pada 15 Oktober 2020, harga saham Uchitec adalah RM2.58 seunit. Maka, P/E Ratio terkini adalah 16.42 jika dibandingkan dengan nilai EPS-nya untuk 12 bulan terkini sebanyak 15.71 sen.

Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), purata P/E Ratio terkini adalah lebih tinggi berbandingpuratanya dalam tempoh 10 tahun terkini.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 2.58 / RM 0.1571

= 16.42

8. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, Uchitec telah merekodkan sebanyak 34 sen untuk aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 7.59.

Untuk nisbah ini, perbandingan P/B Ratio terkini dengan P/B Ratio lepas bagi Uchitec tidak akan diberikan kerana Uchitec telah membuat pemulangan ekuiti sebanyak RM89.7 juta pada tahun 2018 dan telah menyebabkan jumlah ekuiti pemegang sahamnya menurun daripada RM236.3 juta pada tahun 2017 kepada RM150.8 juta pada tahun 2018.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 2.58 / RM 0.34

= 7.59

9. Kadar Dividen

Uchitec telah membayar sebanyak 16.0 sen di dalam Dividend Per Share (DPS) pada tahun 2019. Dengan ini, terbukti bahawa Uchitec merupakan sebuah syarikat yang telah membayar dividen secara meningkat dan konsisten untuk tempoh 10 tahun terkini.

Kadar pembayaran dividen terkini untuk Uchitec adalah 6.20%. Jika nilai ini dibandingkan dengan kadar dividen bagi tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), ia adalah lebih rendah daripada nilai puratanya iaitu 7.90%

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.16 / RM 2.58) x 100%

= 6.20%

Kesimpulan:

Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham Uchitec pada harga RM 2.58 sesaham?

Untuk menjawab soalan itu, kita boleh membuat perbandingan saham Uchitec dengan saham-saham lain. Contohnya, jika kita diberi pilihan untuk melabur di antara dua saham berikut:

Yang manakah anda akan pilih untuk melabur dan kenapa?

Di sini, kita boleh melatih membuat keputusan pelaburan peribadidan menggunakan cara perbandingan saham untuk memilih saham yang sesuai untuk dilaburkan.

Kalau anda tak tahu cara penggunaannya, lebih baik belajar terlebih dahulu ilmu pelaburan sebelum melabur ke dalam pasaran saham.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share397ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In