Dividen adalah salah satu cara syarikat berkongsi keuntungan yang diperolehi dengan para pemegang saham. Selalunya, pemberian dividen dilakukan apabila prestasi syarikat amat bagus. Kebanyakan syarikat-syarikat gergasi seperti Nestle (M) Bhd mampu untuk memberikan dividen secara konsisten.

Pemberian dividen bukanlah suatu kewajipan, kerana ia adalah bergantung kepada keadaan prestasi semasa dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Peratus dividen yang diberi adalah tertakluk kepada perlembagaan syarikat. Di antara syarikat yang memberikan dividen hampir 90% daripada keuntungan adalah syarikat-syarikat yang berkaitan dengan REIT.

Apakah Itu REIT?
REIT (Real Estate Investment Trust) atau juga lebih dikenali sebagai Amanah Pelaburan Hartanah merupakan satu kumpulan dana yang memiliki dan menguruskan hartanah bersifat komersial dan digunakan untuk menjana keuntungan dan diagihkan semula kepada ahli. Contoh-contoh REIT adalah pusat membeli belah, kilang dan ladang-ladang.
Konsepnya sama seperti saham, kita mampu mempunyai pegangan hak milik syarikat KLCC dalam bentuk ekuiti yang diperdagangkan di Bursa Malaysia.

Namun begitu, tidak bermaksud bahawa syarikat yang memberi jumlah dividen yang tinggi menunjukkan bahawa syarikat tersebut berada dalam keadaan yang lebih baik. Ini adalah kerana, setiap syarikat mempunyai “number of shares” dan “market capitalization” yang berbeza.
Di antara contoh syarikat yang biasa memberikan dividen adalah syarikat Vis Dynamics, Serba Dinamik, MI, dan juga Nestle.

Para pelabur boleh menggunakan formula “dividend yield” dalam menentukan sama ada berbaloi atau tidak pulangan yang bakal diperolehi selepas mereka melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Dividen Yield = Annual Dividend / Share Price
Dividend yield yang tinggi akan menarik minat para pelabur kepada saham syarikat.
Terdapat empat jenis dividen yang sering diberikan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu;
- First Interim Dividend: Diberikan pada suku tahun pertama.
- Interim Dividend: Diberi secara berkala pada suku tahunan.
- Final Dividend: Diberi pada suku tahun terakhir. Ia merupakan kali terakhir syarikat memberi dividen bagi tahun tersebut.
- Special Dividend: Diberi apabila syarikat peroleh keuntungan daripada penjualan aset.

(Sumber: malaysiastock.biz)
Maklumat berkaitan dividen yang bakal diberikan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia boleh dicapai melalui laman web malaysiastock.biz
Sekiranya kita nak beli sesuatu saham syarikat dengan niat untuk mendapat dividen, rajin-rajinkan lah diri untuk membuka laman web ini bagi mencari saham syarikat yang sesuai dan berbaloi!
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)