• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih LPI Capital Susut Kepada RM86 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih LPI Capital Susut Kepada RM86 Juta Pada Suku Ketiga

Sumber Gambar : fifthperson

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Keuntungan bersih LPI Capital Bhd (LPI Capital) susut kepada RM86.18 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September, 2020, daripada RM87.82 juta tahun sebelumnya, sebahagiannya disebabkan oleh pendapatan pelaburan berkurangan sebanyak 43.6 peratus.

LPI Capital berkata keuntungan nilai saksama pelaburannya mencatatkan kenaikan tahun ke tahun sebanyak RM4.6 juta, manakala jumlah dividen dan pendapatan faedah menurun sebanyak RM14.5 juta.

“Segmen pegangan pelaburan mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM14.2 juta berbanding RM27.5 juta pada tempoh yang sama pada2019,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Perolehan juga menurun kepada RM395.76 juta berbanding RM423.84 juta tahun sebelumnya, ia dipengaruhi oleh kemerosotan 96 peratus pendapatan dalam segmen pegangan pelaburan kepada RM600,000.

Walaupun segmen insurans am mencatat pendapatan 3.3 peratus lebih rendah sebanyak RM395.2 juta, keuntungan sebelum cukai meningkat 15.3 peratus tahun ke tahun kepada RM113.1 juta daripada RM98.1 juta pada suku ketiga 2019.

Keuntungan pengunderaitan untuk suku ketiga 2020 meningkat 14.0 peratus kepada RM86.3 juta, kebanyakannya disebabkan oleh tuntutan yang lebih rendah dan perbelanjaan pengurusan berbanding dengan suku yang sama pada tahun 2019, kata LPI Capital.

Untuk tempoh sembilan bulan, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih RM241.50 juta daripada RM235.76 juta pada tempoh yang sama tahun lalu sementara pendapatan tetap pada RM1.20 bilion.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata kesan ekonomi yang berpanjangan beberapa bulan selepas penularan COVID-19 turut memberi impak kepada pelbagai  sektor ekonomi.

“Namun, saya berpuas hati kerana LPI Capital mencatatkan prestasi yang baik pada suku 2020 walalupun menghadapi cabaran akibat pandemik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Teh berkata pelbagai rangsangan ekonomi tambahan yang diumumkan baru-baru ini oleh kerajaan diharapkan dapat memulihkan ekonomi.

“Dengan prosedur operasi standard yang sesuai dan pematuhan orang ramai, kita seharusnya dapat mengurus keadaan COVID-19 walaupun terdapat peningkatan dalam kes baru-baru ini, pada  masa yang sama aktiviti ekonomi dapat diteruskan.

“LPI Capital harus terus menilai pelbagai kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan dan membangunkan tindakan strategik yang sesuai untuk menanganinya,” katanya.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In