Buat ketika ini, kita mungkin amat takjub dengan kenaikan harga saham yang berkaitan dengan sarung tangan getah. Mana tidaknya, saham penny menjadi saham cip biru dalam masa kurang setahun! Maka orang ramai berpusu-pusu untuk melabur ke dalam saham-saham berkaitan sektor ini.
Tetapi dalam senyap, sebenarnya saham-saham sektor teknologi sedang mengorak langkah. Saham sektor teknologi dijangkakan akan membuat kenaikan harga yang lebih dahsyat berbanding apa yang saham sektor getah sedang buat ketika ini.

Sumber: Investing.com
Lihat saja carta indeks Nasdaq yang membuat kenaikan yang sangat konsisten sejak pertengahan bulan Mac 2020 ini. Sektor ini seakan tidak mempedulikan keadaan ekonomi sekelilingnya dan terus melakukan kenaikan yang kuat.

Sumber: Trading View
Indeks teknologi di Bursa Malaysia juga membuat kenaikan yang seiring dengan Indeks Nasdaq dan telah mencatatkan kenaikan hampir 150% sejak pertengahan bulan Mac 2020.
Perkembangan teknologi sudah tidak dapat dielakkan lagi. Mahu atu tidak, teknologi akan mengusai dunia. Jadi mari kita lihat kenapa pelabur perlu membeli saham sektor teknologi sekarang.
1. Perkembangan Zaman Internet Of Things (IoT)

Internet of Things (IoT) merujuk kepada peranti fizikal yang berhubung dengan internet, yang mampu mengumpul dan berkongsi data di antara peranti lain. Dengan kemudahan memperolehi cip komputer yang murah pada ketika ini, mudah untuk manusia mencipta IoT untuk semua peranti yang sedia ada. Iot ini akan membenarkan peranti untuk bertindak balas kepada keadaan sekeliling dengan sendirinya, membuatkan peranti yang ada menjadi lebih bijak.
Contoh peranti dengan IoT ini,apabila lampu rumah kita boleh dinyalakan dengan menggunakan telefon bimbit. Hari ini, kita dapat lihat banyak peranti yang mempunyai teknologi sebegini, dan perkembangan IoT dilihat sangat pesat dan kehadirannya juga diterima baik oleh pengguna.
Sub-sektor semikonduktor khususnya, merupakan di antara yang akan menerima kesan positif daripada perkembangan IoT ini. Di antara kaunter-kaunter yang ada di Bursa Malaysia adalah seperti JHM Consolidation dan D&O Green Technologies Berhad.
2. Revolusi 5G

5G merupakan rangkaian internet generasi kelima yang membolehkan hubungan yang lebih baik bagi setiap individu, di mana teknologi ini akan merangkumi mesin, objek dan juga peranti dalam kehidupan seharian kita. Kita akan menikmati kelancarkan penggunaan internet yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Syarikat yang berpotensi untuk mendapat keuntungan sudah semestinya syarikat telemunikasi seperti Time Dotcom Berhad, Celcom dan lain-lain lagi. Namun harus diingat, syarikat di dalam sektor teknologi juga memainkan peranan penting untuk menjayakan pembagunan 5G ini di negara kita. Syarikat yang terlibat dalam penghasilan soket ujian yang berprestasi tinggi dan penggunaan peralatan yang berkaitan dengan 5G adalah seperti JF Techonology dan Foundpac Group Berhad.
3. Norma Baharu

Kesan daripada penyebaran wabak Covid-19 ini telah memaksa kita menjalani norma baharu dalam kehidupan seharian. Ramai syarikat kini mengambil inisiatif untuk membenarkan pekerja berkerja dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dengan norma baru ini, industri teknologi perkongsian maklumat secara maya atau dikenali sebagai cloud sangat diperlukan. Teknologi seperti cloud ini memudahkan syarikat untuk menyimpan dan menghantar maklumat syarikat dengan lebih cepat dan teratur tanpa penggunaan memori yang banyak. Di antara syarikat yang terlibat di dalam sektor perkhidmatan cloud ini adalah seperti ARBB Berhad dan juga Green Packet Berhad.
Rumusan
Terdapat banyak lagi sebab untuk pelabur pertimbangkan saham-saham sektor teknologi untuk dibeli ketika ini. Namun, kajian dan analisa yang mendalam perlu dibuat sebelum melabur. Warren Buffett tidak memiliki sebarang saham berkaitan teknologi ketika kemuncak sektor ini pada tahun 1990 dahulu, kerana beliau tidak faham dengan jelas akan perniaggan syarikat-syarikat teknologi ini pada ketika itu.
Dengan tindakan yang beliau ambil untuk tidak melabur, beliau berjaya terselamat daripada kerugian akibat daripada tragedi Dotcom Bubble yang berlaku pada tahun 2000.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)