Magni-Tech Industries Bhd (KLSE: 7087) (Magni) merupakan sebuah investment holding company yang mempunyai tiga buah anak syarikat yang menjana pendapatan daripada penghasilan pakaian di Malaysia dan Vietnam, serta pembuatan flexible packaging products dan corrugated cartons di Malaysia.
Terkini, nilai pasaran Magni telah mencecah lebih daripada RM1bilion. Mari kita lihat 12 perkara ini sebelum membuat keputusan untuk membeli saham Magni.
1. Segmen Penghasilan Pakaian
CAGR untuk segmen penghasilan pakaian telah meningkat sebanyak 14.7%. Perolehan dan keuntungan syarikat untuk segmen ini pula meningkat sebanyak 22.9% dalam tempoh10 tahun yang lepas. Magni telah berjaya meningkatkan perolehannya daripada RM282.1 juta pada tahun 2010 kepada RM1.1 bilion pada tahun 2020.
Oleh itu, keuntungan untuk segmen ini telah meningkat daripada RM18.1 juta pada tahun 2010 kepada RM142.9 juta pada tahun 2020. Peningkatan ini berpunca daripada hasil jualan yang bertambah daripada pelanggan utamanya dalam tempoh masa tersebut.


2. Segmen Flexible Plastic Packaging Products dan Corrugated Cartons
Sumbangan daripada segi perolehan dan pendapatan untuk segmen ini tidaklah sebanyak sumbangan daripada segmen penghasilan pakaian. Ia telah mencatatkan penurunan perolehan daripada RM120 juta pada tahun 2014 sehingga tahun2017 kepada RM93.6 juta pada tahun 2020.
Keuntungannya masih kekal konsisten sekitar RM5 juta setahun dalam tempoh 10 tahun terkini.


3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Secara keseluruhannya, CAGR Magni telah meningkatsebanyak 12.3% dan perolehan dan keuntungan bersih syarikat juga meningkat sebanyak 22.1% untuk tempoh 10 tahun terkini. Peningkatan ini berpunca daripada peningkatan jualan untuk segmenpenghasilan pakaian pada masa tersebut.
Perolehan syarikat telah meningkatdaripada RM376.7 juta pada tahun 2010 kepada RM 1.2 bilion pada tahun 2020. Dengan ini, keuntungan bersih untuk Magni telah meningkat daripada RM16.5 juta pada tahun 2010 kepada RM121.8 juta pada tahun 2020.


4. Return on Equity (ROE)
Dalam tempoh masa 10 tahun tersebut, Magni telah merekodkan purata ROE berjumlah 19.56%. Ini bermakna, Magni telah menjana sebanyak RM19.56 keuntungan bersih daripada setiap RM1.00 ekuiti pemegang saham untuk tempoh daripada tahun 2011 sehingga tahun 2020.
5. Pengurusan Aliran Tunai
Daripada tahun 2011 sehingga tahun2020, Magni telah berjaya menjana aliran tunai operasi sebanyak RM495.0 juta, RM 48.2juta daripadapendapatan faedah dan dividen, serta RM4.3 juta daripadapengeluaran ekuiti bersih.
Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar sebanyak:
– RM55.5 juta untukcapital expenditures (CAPEX) bersih
– RM151.0 juta untuk pelaburan sekuriti (kebanyakannya money market funds)
– RM237.4 juta untuk dividen kepada pemegang sahamnya.
Maka, Magni telah meningkatkan kedudukan tunainya daripada RM21.6 juta pada tahun 2010 kepada RM76.9 juta pada tahun 2020.

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 31 Julai 2020, ekuiti pemegang saham Magni berjumlah RM628.7 jutadan tidak mempunyai sebarang hutang. Maka, nisbah hutang Magni ialah 0% pada ketika ini. Pada masa yang sama, Magni mempunyai aset semasa bernilai RM650.2 juta dan liabiliti semasa bernilai RM84.9.
Jadi, nisbah semasanya adalah 7.66.
7. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk 12 bulan terkini, Magni telah mencatatkan perolehan sebanyak RM1.2 biliondan telah menjana keuntungan bersih sebanyak RM118.1 juta. Dengan ini, Magni telah mencatatkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 27.23 sen.
Daripada jumlah tersebut, ia membayar 8.80 sen sesaham atau Dividend Per Share (DPS).

8. Nota Penting
Ini adalah satu nota penting untuk semua rakan pelabur sekaliansebelum anda ingin membuat keputusan untuk melabur ke dalam saham Magni. Pada tahun 2020, Magni menjana RM1.07 bilion atau 88.6% daripada jumlah perolehan keseluruhannya daripada hanya satu pelanggan utamanya.
Maka, keputusan kewangan syarikat untukmasa hadapanamat bergantung kepada pelanggan utamanya ini.
9. Pemegang Saham Utama Terkini
Pada 18 Ogos 2020, lima pemegang saham utama bagi Magni adalah seperti berikut:

Kini, Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping adalah Pengerusi untuk Magni dan Tan Poay Seng pula merupakan Managing Director syarikat ini.
10. P/E Ratio
Pada 12 Oktober 2020, harga saham Magni adalah RM2.36 seunit. Maka, P/E Ratio terkini adalah 8.67 jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk tempoh 12 bulan terkini yang bernilai 27.23 sen.
Jika kita bandingkan dengan nilai P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), nilai P/E Ratio terkini adalah lebih rendahberbanding puratanya dalam tempoh 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 2.36 / RM 0.2723
= 8.67

11. P/B Ratio
Bagi Q1 2020, Magni telah merekodkan sebanyak RM1.45 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, nilai P/B Ratio-nya terkini adalah 1.63. Kalau kita bandingkan ia dengan nilai P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), nilai P/B Ratio terkini adalah lebih rendah berbanding puratanya untuk tempoh 10 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 2.36 / RM 1.45
= 1.63

12. Kadar Dividen
Magni telah membayar dividen sebanyak 8.80 sen sesaham di dalam DPS untuk tempoh 12 bulan terkini. Dengan itu, terbuktibahawa Magni merupakansebuah syarikat yang membayar dividen secara konsisten dan meningkat untuk tempoh 10 tahun yang lepas.
Kadar pembayaran dividen terkini untuk Magni adalah 3.73%. Jika dibandingkan dengan kadar pembayaran dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), kadar pembayaran dividen terkini adalah lebih rendah daripada 3.95%, iaitu puratanya untuk tempoh 10 tahun yang lepas.

Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.088 / RM 2.36) x 100%
= 3.73%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, syarikat Magni mempunyai:

Jadi, wajarkah anda melabur saham Magni?
Tepuk dada, tanyalah selera sama ada anda berkenan untuk menerima Magni yang mempunyai:
a. P/E Ratio sebanyak 8.67
b. P/B Ratio sebanyak 1.63
c. Menerima kadar dividen sebanyak 3.73%
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)