• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

2 Laman Web Untuk Dapatkan Maklumat Terbaik Mengenai Saham Global

in Saham Global
A A
2 Laman Web Untuk Dapatkan Maklumat Terbaik Mengenai Saham Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Untuk membuat kajian tentang saham-saham tempatan, sangat banyak kemudahan yang ada untuk dilayari. Di antara laman sesawang untuk pelabur membuat kajian tentang saham-saham tempatan adalah seperti Bursamarketplace, KLSE Screener, Malaysia.biz dan lain-lain lagi. Namun, bagaimana jika kita ingin menceburi pelaburan global?

Laman web yang manakah untuk kita dapatan maklumat tentang syarikat global?

Untuk mengkaji saham global ini, para pelabur boleh menggunakan dua laman web utama iaitu Trading View dan Investing.com. Kedua-dua laman web ini boleh digunakan secara percuma dengan had tertentu. Pelabur juga boleh menjadi pelangan premium untuk mendapatkan perkhidmatan yang eksklusif daripada mereka.

Jom kita lihat apa maklumat yang ditawarkan oleh Trading View dan Investing.com secara percuma kepada para pelabur.

Maklumat Yang Disediakan Trading View

Trading View berjaya memikat pengguna dengan susunan maklumat tentang syarikat yang ringkas dan padat pada page pertamanya.

1. Ringkasan Maklumat Tentang Saham Oleh Tradingview

Dengan sekali imbas sahaja, kita boleh memperolehi beberapa maklumat penting seperti sektor syarikat, harga semasa syarikat dan juga nisbah-nisbah penting mengenai syarikat.

2. Kemudahan Penyediaan Carta Trading View

Platfrom ini juga meyediakan carta teknikal untuk pelabur gunakan, namun hanya tiga indikator yang boleh digunakan secara percuma. Hanya pengguna premium boleh menggunakan indikator di carta ini tanpa had. Carta yang disediakan juga boleh dikatakan sangat mesra pengguna.

3. Maklumat Lain Yang Disediakan Tradingview

Trading View juga menyediakan ruang untuk membincangkan tentang saham kajian untuk orang ramai menyuarakan pendapat dan berkongsi tentang kajian mereka. Trading View juga menyediakan ramalan teknikal tentang saham berkenaan dan juga maklumat ringkas tentang kewangan syarikat.

Trading View juga memberikan ringkasan tentang latar belakang syarikat beserta berita-berita terkini.

4. Harga Untuk Menjadi Pengguna Premium Tradingview

Tradingview menyediakan beberapa pakej untuk menggunakan perkhidmatan mereka yang berbayar

Maklumat Yang Disediakan Investing.com

Investing.com dari segi mesra penggunanya mungkin tidak sehebat Tradingview, namun investing.com menyediakan maklumat yang lebih terperinci tentang saham dan syarikat kepada penggunanya.

1. Ringkasan Maklumat Tentang Saham

Ringkasan yang disediakan investing.com ini mungkin tidak selengkap Tradingview. Ini kerana maklumat yang lebih terperinci akan disediakan pada ruang khas tentang maklumat berkenaan.

2. Kemudahan Penyediaan Carta Investing.com

Investing.com juga menyediakan carta percuma kepada pengguna tanpa had penggunaan indicator. Tambahan lagi, carta daripada investing.com ini akan menunjukkan isyarat-isyarat candlestick yang ada pada carta. Ini sangat membantu pelabur baru khususnya untuk melihat isyarat candlestick yang ada pada carta saham kajian mereka.

3. Maklumat Lain Yang Disediakan Investing.com

Maklumat-maklumat yang disediakan oleh investing.com dikelaskan kepada kategori khusus tentang maklumat berkenaan. Antaranya adalah maklumat kewangan syarikat, berita terkini mengenai syarikat dan lain-lain lagi. Pelabur yang mahu membuat kajian yang leih mendalam tenatng sesebuah syarikat itu akan memilih investing.com sebagai sumber rujukan.

Selain itu,  perkhidmatan lain yang disediakan oleh investing.com yang sangat bagus adalah kemudahan untuk menyimpan data-data tertentu dalam bentuk Excel. Investing.com membenarkan pengguna untuk memperolehi data-data tertentu sesebuah syarikat dalam bentuk Excel secara percuma. Nisbah yang disediakan oleh investing.com juga dibandingkan dengan industri yang sama dengan syarikat kajian pelabur, ini dapat membantu pelabur membuat penilaian dengan lebih rapi.

Seperti Trading view, investing.com juga menyediakan ramalan teknikal tentang pergerakan harga saham untuk membantu kita membuat penilaian pelaburan.

Maklumat terperinci tentang kewangan syarikat ini sangat membantu pelabur dalam kajian yang dilakukan. Dengan kemudahan illustrasi carta kewangan syarikat berserta perbandingan nisbah syarikat dan industri akan membantu kajian para pelabur.

4. Harga Untuk Menjadi Pengguna Premium Investing.com

Investing.com turut menyediakan beberapa pakej untuk pelabur pilih bagi menggunakan perkhidmatan premium untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik tanpa iklan, maklumat yang cepat dan kemudahan lain yang berbayar.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share499ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In