• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Indeks Penjagaan Kesihatan Meningkat, KLCI Susut Sedikit

in Market Update
A A
Indeks Penjagaan Kesihatan Meningkat, KLCI Susut Sedikit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama)  — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih baik, dipacu oleh indeks penjagaan kesihatan.

Bagaimanapun, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sedikit.

Pada waktu rehat, indeks penjagaan kesihatan meningkat 8.98 peratus, disokong oleh belian kukuh ekuiti berkaitan farmaseutikal manakala FBM KLCI diheret turun oleh tekanan jualan ke atas saham-saham pengeluar sarung tangan.

Indeks FBM KLCI jatuh 0.43 mata kepada 1,595.50 berbanding 1,595.93 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 1.88 mata lebih rendah pada 1,594.05.

Secara keseluruhan, pergerakan harga pasaran kembali positif dengan 477 kaunter untung dan 439 rugi manakala 421 tidak berubah, 643 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 5.41 bilion unit bernilai RM2.79 bilion.

Kaunter tenaga kekal paling cergas dengan harga minyak melambung ke paras tertinggi sejak Mac 2020, sementara saham penjagaan kesihatan masih menjadi ekuiti pilihan, mendahului kategori saham paling untung sejak dibuka pagi ini.

Di papan skor, kaunter penjagaan kesihatan mencatatkan nilai transaksi paling tinggi sebanyak RM949.14 juta sementara kaunter tenaga merekodkan jumlah paling tinggi dengan 1.21 bilion unit didagangkan.

Pharmaniaga melonjak RM1.05 kepada RM4.55, Duopharma menokok 68 sen kepada RM2.96, Kotra menambah 81 sen kepada RM3.56 dan Apex lebih tinggi 90 sen kepada RM3.58. 

Sementara itu, kaunter pembuat sarung tangan menyaksikan jualan besar pada sesi pagi dengan Hartalega kerugian 40 sen kepada RM17.60, sementara TopGlove turun empat sen kepada RM24.90 kerana aktiviti pengambilan untung.

Dalam kalangan saham paling cergas, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 10.5 sen, sementara syarikat minyak dan gas berpangkalan di Sarawak, Ocean Vantage mengukuh 25 sen kepada 51 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 12.05 mata kepada 11,314.80, Indeks FBMT 100 meningkat 4.37 mata kepada 11,155.28 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 27.62 mata kepada 13,129.44.

Indeks FBM 70 lebih tinggi 34.93 mata kepada 14,206.99 dan FBM ACE untung 104.41 mata kepada 7,726.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.31 mata kepada 13,492.58, Indeks Perladagan meraih 53.78 mata kepada 7,028.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.36 mata kepada 140.42.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In