• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sehingga 9.16 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.83 mata kepada 1,597.76 daripada 1,595.93 semasa ditutup semalam. 

Indeks dibuka rendah 1.88 mata kepada 1,594.05.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 285 berbanding 251, manakala 322 kaunter tidak berubah, 1,122 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.03 bilion unit bernilai RM484.10 juta.

Malacca Securities dalam nota ekuitinya hari ini berkata memandangkan institusi kewangan tempatan menyatakan bahawa moratorium pinjaman tidak akan dilanjutkan, dengan pilihan pembayaran balik kepada kumpulan bersasar; ia menunjukkan potensi pinjaman tidak berbayar meningkat pada suku akhir tahun ini akan dibendung dan negara berada di landasan pemulihan.

“Rangsangan daripada bank-bank pusat di (EU dan Jepun) serta perkembangan positif mengenai vaksin untuk COVID-19 akan menyumbang kepada sentimen positif,” katanya.

Oleh itu, pelabur jangka panjang dapat memanfaatkan pemulihan dalam sektor kewangan.

Sementara itu, saham tenaga akan turut menggalakkan selepas harga minyak mentah melonjak kepada paras tertinggi sejak Mac 2020.

Dari segi teknikal, pemulihan dijangka menyaksikan peningkatan dalam masa terdekat berikutan indeks utama dilihat menguji semula paras halangan terdekat pada sekitar 1,615, diikuti 1,620.

Paras sokongan pada 1,560, diikuti 1,530, menurut firma penyelidikan itu.

Mengenai saham wajaran tinggi, PetChem meningkat lapan sen kepada RM6.28, CIMB menambah empat sen kepada RM3.63, Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM11.46 dan Digi menokok empat sen kepada RM4.29.

Bagi saham aktif, Lambo, Vortex dan Sapura, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen, lapan sen dan 10 sen, manakala Ocean Vantage naik 17.5 sen kepada 43.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 13.80 mata kepada 11,316.55, Indeks FBMT 100 naik 9.92 mata kepada 11,160.83 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 9.08 mata kepada 13,110.90.

FBM 70 naik 1.29 mata kepada 14,173.35 dan FBM ACE meningkat 27.85 mata kepada 7,649.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.49 mata kepada 13,527.76, Indeks Perladangan meningkat 33.21 mata kepada 7,008.20 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.79 mata kepada 139.85.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In