Sebagai pelabur yang mengharapkan keuntungan dividen daripada pemilikan saham syarikat, sudah pasti pelabur ingin melabur ke dalam syarikat yang memberi dividen yang tinggi. Di antara indikator yang menjadi pilihan utama mereka untuk melihat pulangan dividen adalah melalui Dividend Per Share (DPS) dan Dividend Yield (DY).
DPS ini adalah petunjuk untuk dividen yang bakal diperolehi para pelabur dengan setiap satu unit saham yang dimiliki. Sebagai contoh, jika DPS syarikat adalah RM1.00, ini bermakna pelabur akan mendapat RM1.00 dengan setiap unit saham yang dimiliki.
DY pula adalah petunjuk untuk dividen yang bakal pelabur perolehi berdasarkan modal yang dilaburkan. Sebagai contoh, jika nisbah DY adalah 10% dan pelabur menggunakan modal RM1,000 dalam pelaburan untuk saham berkenaan, pelabur akan memperolehi dividen sebanyak RM100.00.
Jadi, betul ke syarikat global terutama di Amerika Syarikat memberikan dividen yang lebih banyak berbanding syarikat tempatan di Malaysia? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu membuat saringan terhadap pemberian dividen oleh syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat global.
Dalam artikel ini, kita akan gunakan indikator Dividend Yield sebagai saringan.
Top Saham Tempatan Patuh Syariah Yang Mempunyai Dividend Yield Tertinggi

Syarikat tempatan yang memberikan dividen yang paling tinggi berdasarkan modal adalah syarikat Complete Logistic Services Berhad dengan dividen yield sebanyak 25.25% dan diikuti dengan syarikat Ewein Berhad (12.27%), Yoong Onn Corp (9.46%) dan lain-lain seperti UOA Development( 8.81%) dan Tambun Indah(8.36%).
Top Saham Di NYSE Yang Mempunyai Dividend Yield Tertinggi

Hasil saringan daripada investing.com, ternyata syarikat di Amerika Syarikat memberikan dividen yang sangat tinggi kepada para pemilik saham syarikat mereka. Syarikat tertinggi seperti gambar di atas adalah syarikat Sanhez Midstream yang mempunyai nilai DY sebanyak 206.83% dan diikuti dengan CBL & Associates (181.38%) dan lain- lain seperti Duff Phelps Select Energy MLP(171.18%) dan Summit Midstream Partners LP(60.94%).
Jumlah dividen yang diperolehi adalah berdasarkan modal pelabur di antara pasaran tempatan dan pasaran Amerika Syarikat yang jauh berbeza. Syarikat yang memberikan pulangan dividen tertinggi berdasarkan modal pelabur di Malaysia adalah syarikat Complete Logistic Service Berhad, namun nilai dividen daripada syarikat ini hanyalah 25.25% berbanding syarikat yang memberikan DY tertinggi di Amerika Syarikat iaitu Sanhez Midstream yang mampu memberikan DY sebanyak 206.83%.
Bagaimana Dengan Status Shariah Saham Global?
Ya, memang betul syarikat di Amerika Syarikat ini mampu memberikan dividen yang tinggi, namun adakah saham syarikat ini mempunyai status patuh shariah untuk dibeli? Untuk mengetahui saham global yang mana mempunyai status shariah anda boleh menggunakan aplikasi dan laman web Islamicly.
Ianya ada membekalkan maklumat yang percuma dan ada juga yang berbayar. Berikut adalah di antara contoh-contoh saham setelah dibuat saringan patuh shariah secara percuma menggunakan Islamicly.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




