• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Bursa tempatan meningkat semula daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup tinggi, didorong oleh minat belian daripada pembeli institusi.

Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 10.92 mata kepada 1,530.35 berikutan dagangan yang aktif yang bermula pada tengah hari selepas suram sejak pagi. 

Sepanjang hari, indeks petunjuk pasaran berada antara 1,521.74 dan 1,532.53. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 718 berbanding 307 manakala 412 kaunter tidak berubah, 710 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 6.60 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 6.28 bilion unit bernilai RM3.23 bilion semalam.

Seorang penganalisis berkata penggiat institusi merupakan peserta utama untuk hari ini, belian saham telah diletakkan dalam kedudukan terlebih jual. 

“Pelabur runcit sebahagian besarnya tidak berada dalam pergerakan pasaran selama seminggu, kecuali dalam saham permodalan kecil. 

“Sementara itu, pelabur institusi menyusun semula pegangannya kepada saham dengan potensi aliran meningkat,” katanya.

Dari segi teknikal, katanya sokongan pendasar kekal kukuh pada 1,480 manakala paras halangan segera berada pada 1,540, yang masih jauh untuk bursa tempatan mencecah petunjuk pasaran 1,600 berikutan ketidakstabilan politik yang berterusan, Belanjawan 2021 yang akan datang dan pilihan raya presiden AS.

Ketika pasaran ditutup, saham permodalan kecil dan sederhana muncul sebagai kaunter paling untung untuk hari ini, masing-masing naik 1.24 peratus dan 1.23 peratus. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hartalega menambah 40 sen kepada RM17.40, Maybank meningkat 10 sen kepada RM7.40, Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM10.40, MISC menokok 17 sen kepada RM7.10 dan Sime Darby Plantation naik 11 sen kepada RM5.16.

Antara kaunter cergas ialah saham berkaitan politik, iaitu Advance Synergy yang menambah 4.5 sen kepada 26.5 sen dan Pan Malaysia yang meningkat empat sen kepada 18.5 sen, manakala Malayan United tidak berubah pada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 62.75 mata kepada 11,020.92 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 67.02 mata kepada 13,130.73.

FBM 70 naik 1.45 mata kepada 14,364.64, Indeks FBMT 100 meningkat 58.01 mata kepada 10,840.81 dan FBM ACE melonjak 71.47 mata kepada 10,557.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 84.22 mata kepada 12,664.38, Indeks Perladangan menambah 43.90 mata kepada 7,075.22 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.63 mata kepada 141.97. 

Jumlah dagangan waran merosot kepada 435.28 juta unit bernilai RM91.55 juta daripada 589.31 juta unit bernilai RM107.06 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.28 bilion saham bernilai RM373.40 juta daripada 1.72 bilion saham bernilai RM604.08 juta pada Khamis.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 2.43 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (697 juta), pembinaan (157.72 juta), teknologi (367.82 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (25.97 juta), hartanah (442.57 juta), perladangan (34.08 juta), REIT (3.75 juta), dana tertutup (13,100), tenaga (403.27 juta), penjagaan kesihatan (57.58 juta), telekomunikasi dan media (54.03 juta), pengangkutan dan logistik (58.92 juta) dan utiliti (148.87 juta).

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In