• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Rantau Asia-Pasifik Terajui Pemulihan Ekonomi – Moody’s Analytics

in Berita
A A
Rantau Asia-Pasifik Terajui Pemulihan Ekonomi – Moody’s Analytics

Sumber Gambar : Barron's

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Rantau Asia-Pasifik sedang menerajui dunia dari segi pemulihan ekonomi, namun kadar pemulihan itu pastinya tidak sekata susulan beberapa faktor, menurut Moody’s Analytics.

Ia berkata ini termasuk jumlah kes COVID-19 di beberapa negara tertentu, tahap sekatan pergerakan ekoran penularan virus serta tempoh yang diperlukan untuk membendung pandemik.

Moody’s Analytics menerusi nota penyelidikan hari ini berkata secara global, jumlah kes baharu dilihat susut pada September, walaupun bilangannya meningkat semula di Amerika Syarikat dan mencecah angka baharu di United Kingdom, Perancis, Sepanyol, dan bahagian lain di Eropah.

Walaupun beberapa kluster baharu muncul di rantau Asia-Pasifik namun kebanyakannya telah dikekang sejak Ogos, dan jumlah kes baharu kini jauh lebih rendah berbanding sebelum ini, katanya.

Ia berkata sementara itu di Asia Tenggara, Malaysia, Filipina dan Indonesia terus berjuang menangani penularan jangkitan COVID-19.

“Kes di Filipina masih kekal tinggi tetapi lebih rendah berbanding angka yang memuncak pada awal Ogos, sementara Indonesia belum lagi mencatatkan jumlah tertinggi dan menjadi satu-satunya negara Asia yang belum dapat mengekang penularan COVID-19.

“Bagi Malaysia, jumlahnya lebih rendah berbanding angka yang direkodkan Indonesia dan Filipina, bagaimanapun melonjak baru-baru ini, hampir kembali ke jumlah tertinggi sebelum ini,” menurut Moody’s  Analytics.

Penyedia perisikan kewangan dan alat analisis kepada perniagaan itu berkata langkah membendung penularan COVID-19 dan melonggarkan sekatan pergerakan menjadi usaha penting bagi permulaan situasi ekonomi di Asia untuk bertambah baik.

Bagaimanapun, pemulihan jangka panjang akan bergantung kepada penglibatan semula rantau ini dengan ekonomi dunia, menerusi perdagangan barangan dan perkhidmatan global, termasuk perjalanan dan pelancongan.

Ketika sektor perjalanan dijangka menjadi antara komponen terakhir dalam ekonomi global yang akan pulih, perdagangan dunia pula telah melepasi titik kritikal dan mula menunjukkan peningkatan.

“Walaupun tidak mencatatkan angka sebelum COVID-19 namun perdagangan global dan pengeluaran perindustrian jelas telah bertambah baik.

“Ini berlaku lebih pantas berbanding semasa krisis kewangan global 2009, susulan sifat kitaran atau pusingan perniagaan semasa, dengan pengeluaran pada awalnya tidak dijejas oleh kejutan permintaan,” menurut firma itu.

Moody’s Analytics berkata apabila ekonomi mula dibuka semula, permintaan terhadap barang tertentu meningkat dengan segera, termasuk komponen elektronik untuk pengeluaran komputer riba, telefon mudah alih serta sistem teknologi maklumat; peralatan perubatan; farmaseutikal serta produk perlindungan peribadi.

Permintaan pada peringkat awal di China adalah terhadap barangan komponen automotif dan produk pengguna tahan lama.

Corak permintaan ini ditunjukkan menerusi Indeks Pengurus Pembelian China rasmi, katanya.

“Sentimen dalam kalangan pengeluar juga bertambah baik secara pantas, sebahagiannya didorong oleh  langkah dasar kerajaan yang memberangsangkan, yang menyediakan kredit mencukupi untuk industri besar dan penting, seterusnya disokong oleh pendanaan bagi projek infrastruktur yang mewujudkan permintaan terhadap peralatan pembinaan, keluli, simen, dan komoditi asas lain,” menurut Moody’s Analytics.

Ia berkata Taiwan, Malaysia, Vietnam, New Zealand dan Singapura merupakan negara pertama yang bertambah baik dengan hubungan dengan China dan seluruh dunia melalui industri pengeluaran teknologi, bekalan perubatan, produk makanan dan komoditi lain.

Pemulihan ekonomi yang berterusan di rantau Asia-Pasifik bagaimanapun kini amat bergantung kepada peningkatan permintaan global, yang belum dapat dipastikan, menurutnya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share210ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In