• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Saham-Saham Di Pasaran Amerika Syarikat Yang Terkena Tempias Dengan Covid-19

in Saham Global
A A
Saham-Saham Di Pasaran Amerika Syarikat Yang Terkena Tempias Dengan Covid-19
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Sejak kebelakangan ini, negara kita telah dikejutkan dengan bilangan pesakit Covid-19 yang tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Bilangan kes positif yang kini mencecah paras All-Time High dan mencipta rekod harian tertinggi bagi bilangan orang yang dijangkiti virus Covid-19.

Dunia turut dikejutkan dengan berita Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump serta isterinya yang dilaporkan telah dijangkiti Covid-19. Pasaran hadapan (futures) Dow Jones merudum sebaik sahaja Trump membuat pengumuman tersebut.

Menariknya apabila kita terlibat dalam pasaran saham tempatan ini, kerana kita akan ambil tahu syarikat-syarikat yang akan menerima tempias daripada pandemik Covid-19 ini seperti sektor sarung tangan dan penjagaan kesihatan. Pasaran global pula menarik kerana kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat yang terlibat dalam penghasilan vaksin.

Presiden Bank Dunia David Malpass mengatakan bahawa beliau telah meminta persetujuan untuk rancangan pembiayaan vaksin coronavirus yang bernilai USD12 bilion untuk membantu negara-negara miskin dan yang sedang membangun bagi mendapatkan dos vaksin yang mencukupi apabila vaksin telah untuknya ditemui nanti.

Jom kita tengok saham-saham di Amerika Syarikat yang bakal mendapat manfaat daripada pandemik Covid-19 ini.

Sektor Farmaseutikal

Moderna Inc

Sumber : Investing.com

Moderna adalah salah sebuah syarikat yang memulakan ujian klinikal terhadap vaksin eksperimentalnya iaitu mRNA-1273. Moderna merancang untuk mendaftarkan kira-kira 30 ribu orang untuk kajian peringkat terakhir. Syarikat tersebut berkata setakat 11 September 2020, seramai 23,497 orang telah didaftarkan. Moderna merancang untuk menghasilkan 20 juta dos vaksin mRNA-1273 menjelang akhir tahun ini.

Moderna telah menerima dana daripada beberapa pihak, di antaranya .sebanyak USD955 juta daripada Biomedical Advanced Research and Development Authority (BARDA) untuk membantu mempercepat dan menyokong pengembangan mRNA-1273.

Jika kita lihat pada carta, semasa saham-saham lain mengalami kejatuhan di awal Covid-19, saham Moderna ini pula menunjukkan kenaikan sejak bulan Mac sehingga ke hari ini.

BioNTech

Sumber : Investing.com

BioNTech bekerjasama dengan Pfizer yang merupakan gergasi farmaseutikal untuk menghasilkan vaksin yang berpotensi. Pada bulan April, BioNTech dan Pfizer memulakan ujian klinikal untuk eksperimen vaksin di Jerman dan mereka telah memulakan kajian di Amerika Syarikat pada awal bulan Mei.

Dua vaksin yang dihasilkan mereka yang diberi nama BNT162b1 dan BNT162b2, ternyata lebih meyakinkan. Akhirnya, BioNTech dan Pfizer telah memilih BNT162b2 sebagai calon utama vaksinkerana ia menunjukkan profil keselamatan yang lebih kuat dan berpotensi menjadi lebih berkesan daripada BNT162b1.

Kedua-dua syarikat itu telah berjaya memeterai beberapa kontrak dengan kerajaan Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Kanada, dan Kesatuan Eropah (EU) untuk membekalkan berjuta-juta dos vaksin bermula pada akhir 2020. Sementara menunggu kelulusan,Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkata,mereka akan tahu sama ada vaksin tersebut berkesan pada akhir bulan Oktober.

Saham-saham lain yang berkaitan adalah:

AstraZeneca PLC

Sumber : CNN Business

Johnson & Johnson

Sumber : Investing.com

Merk & Co Inc

Sumber : CNN Business

Sanofi SA

Sumber : CNN Business

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share570ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In