
Di Bursa Malaysia, kita dah biasa mendengar nama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI). Ianya merupakan indeks penanda aras bagi mengukur pasaran saham Malaysia secara keseluruhannya. Kalau FBM KLCI dalam keadaan meningkat naik, itu menunjukkan pasaran saham Malaysia berada dalam keadaan baik.
Itu kisahnya di Malaysia, bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai pasaran saham Amerika Syarikat, mesti nak tahu apa pula indeks di pasaran saham Amerika Syarikat ni kan? Jom kita berkenalan dengan 3 indeks yang ada di pasaran saham Amerika Syarikat.
Terdapat tiga pasaran saham utama di Amerika Syarikat iaitu Dow Jones Industrial Average (DJIA), Nasdaq Composite dan S&P 500. Ketiga-tiga indeks ini dianggap sebagai petunjuk pasaran saham dan ekonomi secara keseluruhannya di Amerika Syarikat.
1. Dow Jones Industrial Average (DJIA)
Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang juga dikenali sebagai Dow 30 dicipta oleh editor Wall Street Journal iaitu Charles Dow dan rakan perniagaannya iaitu Edward Jones. Maka dari itu kita tahu dari mana nama Dow Jones diambil. Dow 30 adalah merupakan indeks pasaran saham Amerika Syarikat yang menghimpunkan 30 saham syarikat Blue Chip yang didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE).
The Dow merangkumi syarikat dari semua sektor utama kecuali utiliti dan pengangkutan, yang mempunyai indeks Dow Jones yang tersendiri. Di antara contoh-contoh saham dalam Dow 30 ini adalah Boeing, Cisco, Exxonmobil, General Electric (GE), McDonald’s dan lain-lain lagi syarikat gergasi di Amerika Syarikat.
Dow Jones boleh dikatakan petunjuk kepada indeks-indeks saham seluruh dunia atau dalam kata lain, Dow Jones adalah leader kepada semua indeks dunia.
2. Nasdaq Composite Index (NASDAQ)
Nasdaq adalah singkatan bagi National Association of Securities Dealers Automated Quotations. Nasdaq Stock Market atau pun lebih dikenali sebagai Nasdaq adalah bursa saham Amerika Syarikat yang terletak di One Liberty Plaza, New York City.
Indeks Nasdaq merangkumi semua syarikat yang tersenarai di pasaran saham Nasdaq yang terdiri daripada 3300 lebih saham. Ini menjadikan Nasdaq jauh lebih luas daripada Dow.
Nasdaq menghimpunkan banyak syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan teknologi dan internet, namun ada juga syarikat kewangan, pengguna, bioteknologi dan industri. Maka, Nasdaq boleh dilihat sebagai petunjuk kepada pergerakan saham-saham teknologi di Amerika Syarikat.
Senarai di bawah adalah contoh syarikat yang tersenarai di dalam Nasdaq.

3. S&P 500
Indeks S&P 500 atau Standard & Poor’s ini pula adalah indeks yang menggambarkan market capitalisation (Market Cap) 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham. Indeks ini juga dianggap sebagai indikator unjuran terbaik untuk ekuiti Amerika Syarikat. Di antara contoh-contoh saham yang tersenarai dalam S&P 500 ini adalah Apple Inc, Berkshire Hataway Inc, Johnson & Johnson, Visa Inc dan lain-lain lagi.
Saham-saham yang didagangkan di S&P 500 membentuk lebih kurang 75% daripada keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat.
S&P 500 mempunyai berapa kriteria untuk sesebuah syarikat kekal di dalamnya. Di antaranya adalah syarikat tersebut harus mempunyai ibu pejabat yang terletak di Amerika Syarikat dan memiliki modal pasaran sekurang-kurangnya USD6.1 bilion. Kebanyakan para pelabur menganggap S&P 500 sebagai salah satu petunjuk terbaik bagi mengukur pasaran Amerika Syarikat dan ekonomi negara tersebut.
Ini kerana S&P 500 menghimpunkan 500 syarikat-syarikat terbesar di Amerika Syarikat dan saham-saham tersebut datangnya daripada pelbagai sektor.
Senarai di bawah adalah contoh syarikat yang tersenarai di dalam S&P 500. Senarai ini adalah senarai setakat 4 September 2020.


Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




