Tanpa kita sedari bulan September telah pun berlalu dan kita sedang berada di minggu pertama bulan Oktober. Hanya tiga bulan lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan September daripada segi keadaan ekonomi dunia, politik negara dan luar negara, kes Covid-19 yang secara tiba-tiba meningkat dengan drastik dan banyak lagi.
Apakah yang terjadi kepada pasaran saham kita sepanjang bulan September 2020?
Prestasi FBMKLCI Sepanjang Bulan September 2020

Jika kita lihat daripada segi index FBMKLCI sepanjang bulan September 2020, carta menunjukkan indeks saham negara kita sedang mengalami Downtrend. Bermula pada paras 1,521.43 pada 1 haribulan September kepada 1,504.82 di hujung bulan September 2020.
Namun, sepanjang bulan September 2020 ini, terdapat banyak saham-saham syarikat menunjukkan peningkatan dari segi harga saham-sahamnya yang menakjubkan. Terdapat kaunter saham yang harganya meningkat lebih daripada 100% seperti saham MACPIE dan PARLO.
Pulangan beratus peratus dalam masa sebulan menggambarkan penjanaan keuntungan dalam pelaburan saham ini sangat mudah kan? Namun awas, untung beratus peratus ini datang daripada ilmu dan pengalaman secukupnya.
10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan September 2020

Daripada 10 kaunter patuh syariah paling untung ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza dalam senarai tersebut untuk dibincangkan dengan lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang dipilih adalah :
1. MACPIE (Sektor Produk & Perkhidmatan Pengguna)
2. INTA (Sektor Pembinaan)
3. WONG (Sektor Produk & Perkhidmatan Industri)
1. Macpie Berhad (MACPIE) (0140)
Macpie Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Sterling Progress Berhad telah menukar namanya pada 3 April 2019 untuk menunjukkan perubahan dalam fokus dan hala tuju syarikat. Syarikat ini telah disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 2007.
Macpie Berhad telah mengalami transformasi yang luar biasa melalui anak syarikat Pengurusan Runcit & Pengedarannya, Macpie Distribution Sdn Bhd, yang baru-baru ini dilantik sebagai rakan pengedar baru untuk jenama telefon bimbit Nokia di Malaysia. Macpie Distribution akan mengedarkan telefon pintar dan telefon bimbit berjenama Nokia di Malaysia melalui saluran dan rakan korporatnya sambil bergerak menuju era teknologi 5G.
Harga kaunter Macpie ini pada 1 September 2020 hanyalah 16 sen sesaham, namun harga kaunter ini naik dengan megahnya kepada 47.5 sen seunit. Kenaikan harga sebanyak 31.5 sen sesaham ini memberi pulangan sebanyak 196.88% dalam masa sebulan dan menduduki tangga teratas dalam carta kaunter saham patuh syariah paling untung sepanjang bulan September 2020.
Pandangan Daripada Sudut Fundamental Macpie

Fundamental syarikat Macpie dilihat kurang menarik kerana telah rugi selama tiga suku secara berturut-turut. Prestasi seperti ini sudah pasti sedikit menggusarkan para pelabur. Jika dikaji menggunakan 5 magic number iaitu EPS, PE, ROE, NTA dan IV, hampir kesemuanya negatif.
Catalyst yang boleh menjadi punca tarikan para pelabur adalah pengumuman bertarikh 10 Ogos 2020 iaitu kerjasama anak syarikat Macpie dengan syarikat Red One Network Sdn Bhd dalam menyediakan sokongan kepada “Device Bundle Program” Nokia.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Macpie

Secara teknikal Macpie telah melakukan breakout beberapa kali sepanjang bulan September iaitu pada 4, 11 dan 14 September. Alangkah beruntungnya kepada para pelabur yang mempunyai ilmu Teknik Buy On Breakout dengan mengaplikasikannya pada kaunter Macpie ini pada bulan September. Tekniknya mudah, sekiranya candlestick menembusi paras rintangan dengan syarat terdapatnya volume belian yang tinggi, maka bolehlah kita guna teknik ini. Sejak awal bulan September, harga Macpie terus melakukan rally kenaikan dan disokong kukuh di paras trend line (uptrend). Pernahkah anda mendengar ayat yang berbunyi seperti ini? “Follow the trend until it ends when it bend”. Sekiranya anda membeli saham Macpie ketika breakout yang pertama, anda boleh hold saham ini dengan berpandukan uptrend line sehinggalah trend tersebut berakhir pada 23 September apabila candlestick Bearish Engulfing terbentuk. Secara keseluruhan, Macpie masih berada dalam aliran uptrend.
2. Inta Bina Group Berhad (INTA) (0192)
Inta Bina Group adalah kontraktor bangunan dengan sejarah operasi lebih daripada 30 tahun dalam industri pembinaan di Malaysia. Syarikat ini telah menyiapkan lebih daripada 127 projek pembinaan bangunan dengan nilai kontrak lebih daripada RM3.09 bilion, terutamanya di Lembah Klang dan Johor. Selain dari[ada itu, ia turut berpengalaman dalam membina pelbagai jenis bangunan termasuk hartanah kediaman dan komersial bertingkat, harta tanah industri dan riadah.
Harga kaunter Inta Bina ini pada 1 September 2020 hanyalah 24 sen sesaham, namun harga kaunter ini naik dengan megahnya kepada 35.5 sen seunit. Kenaikan harga sebanyak 11.5 sen sesaham ini memberi pulangan sebanyak 47.92% dalam masa sebulan dan menduduki tangga kelima dalam carta kaunter saham patuh syariah paling untung sepanjang bulan September 2020.
Pandangan Daripada Sudut Fundamental Inta Bina

Secara fundamental, Inta Bina adalah sebuah syarikat pembinaan yang mempunyai prestasi kewangan yang sangat baik. Setelah dianalisa pada laporan kewangan suku tahunan syarikat ini tidak pernah mengalami kerugian sehinggalah laporan kewangan bagi suku kedua tahun ini dikeluarkan. Ini adalah kesan daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari bulan Mac sehingga Mei, yang dilihat telah memberi kesan kepada prestasi kewangan Inta Bina. Apabila PKP dilaksanakan, projek-projek tidak boleh diteruskan tetapi kos pembayaran gaji pekerja tetap berjalan seperti biasa. Jika dikaji menggunakan 5 magic numbers iaitu EPS, PE, ROE, NTA dan IV, Inta Binamenunjukkan bahawa kaunter ini mempunyai asas fundamental yang baik.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Inta Bina

Kaunter Inta Bina telah memecahkan dua rintangan pada 7 September 2020, iaitu paras rintangan 0.275 dan 0.300 dan ditutup pada paras resistance 0.315. Candlestick pada hari tersebut hampir membentuk marubozu sempurna disokong dengan volume yang tinggi. Pada 14 September, Inta berjaya memecah rintangan all-time high iaitu pada pada resistance 0.315 dan ditutup pada all-time high yang baru pada 0.375. Carta menunjukkan Inta Bina masih berada dalam jajaran uptrend sehingga 30 September. Paras support uptrend line telah patah pada paras 0.350. Kita bakal saksikan sama ada Inta Bina mampu bertahan atau meneruskan kejatuhan.
3. WONG ENGINEERING CORPORATION BHD (7050)
Wong Engineering ditubuhkan pada bulan Oktober 1982. Syarikat ini telah berkembang menjadi pengeluar terkemuka untuk komponen-komponen berketepatan tinggi di Malaysia. Terletak di Taman Teknologi Tinggi di Pulau Pinang, Wong Engineering mempunyai akses yang penuh untuk memanfaatkan kumpulan bakat profesional berkemahiran tinggi dalam pelbagai sektor industri seperti elektrik & elektronik, separa konduktor, bioteknologi, dan lain-lain. Ini telah membantu meletakkan Wong Engineering pada kedudukan yang baik untuk memberikan kelebihan daya saing dalam keperluan pembuatan kepada pelanggannya. Wong Engineering telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 1998.
Pandangan Daripada Sudut Fundamental Wong

Syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan, Wong Engineering memiliki modal pasaran sebanyak RM104.87 juta. Bilangan unit saham yang rendah yang mana hanya 114.61 juta unit didagangkan di pasaran. Ini menjadikan kaunter ini sebagai kaunter yang ringan kerana bilangan unit saham yang didagangkan di pasaran adalah rendah. Melihat kepada EPS, PE, ROE, syarikat ini sedang membuat keuntungan yang baik menerusi perniagaan mereka.

Merujuk kepada laporan kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat ini, Wong Engineering mencatatkan hasil pendapatan terbaik mereka iaitu RM19.35 juta yang telah dicatatkan pada suku ketiga tahun 2020. Hasil pendapatan yang menakjubkan ini menyebabkan prestasi syarikat ini meningkat 2,725% berbanding suku sebelumnya.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Wong

Pada 1 September 2020, harga kaunter ini adalah RM0.640 manakala pada 30 September 2020 harga kaunter ini telah meningkat kepada RM0.885. Saham ini telah melakukan breakout selama dua hari dagangan berturut-turut iaitu pada 15 dan 17 September dan telah berjaya menembusi paras rintangan RM0.66 dan RM0.70.
Pada 28 September, kaunter ini sekali lagi berjaya membuat breakout dan menembusi paras rintangan 0.83 yang kini bertukar menjadi support. Secara keseluruhannya, Wong masih berada dalam aliran uptrend.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)