Terdapat lebih daripada 3.14 billion pengguna aktif yang menggunakan Facebook di seluruh dunia. Pada bulan Jun 2020, secara puratanya ada seramai 1.79 billion pengguna Facebook yang log masuk ke dalam akaun masing-masing setiap hari.
Tahukah anda bahawa anda boleh membeli saham Facebook dan menjadi pemilik Facebook? Daripada kita guna aplikasi Facebook setiap hari, apa kata kita upgrade menjadi seorang pelabur dalam saham Facebook dan meraih keuntungan daripadanya.
Saya percaya, ramai juga di kalangan pembaca yang pernah membeli saham di Bursa Malaysia dan nak merasa beli saham global? Tetapi sebelum itu, mari kita tengok 5 sebab kenapa kita kena melabur di pasaran saham Amerika Syarikat.
1. Kita Boleh Beli Minima Satu Unit Saham
Di Bursa Malaysia, minima pembelian saham adalah sebanyak 1 lot iaitu bersamaan dengan 100 unit. Tahukah anda minima pembelian saham di Amerika Syarikat hanyalah sebanyak 1 unit?
Sekiranya kita berminat untuk membeli 1 unit saham Apple, kita hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak USD114.09 atau sekitar RM474.04 (berdasarkan pertukaran 1 USD = RM 4.155).
2. Dividen Dalam US Dolar

Sama seperti di Malaysia, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat turut berkongsi keuntungan dengan para pelabur dalam bentuk dividen. Contoh syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dengan dividen yield yang tertinggi adalah Exxonmobil, Chevron, IBM, Walgreens dan Pfizer.
Namun yang menariknya adalah dividen yang diagihkan adalah dalam mata wang US dolar. Pertukaran mata wang asing yang tinggi ini menguntungkan kita semua.
3. Berpeluang Menjadi Pemilik Kepada Saham-Saham Gergasi Dunia
Sekiranya kita membeli sesebuah saham, secara tidak langsung kita juga merupakan pemilik syarikat tersebut. Bayangkan kita membeli saham syarikat gergasi seperti Facebook, Apple, Google, McDonalds dan banyak lagi.
Walaupun syarikat-syarikat ini berstatus gergasi dan mungkin sebahagian daripada anda berpendapat bahawa harga saham ini berstatus harga saham ‘bangsawan’, tapi tahukah anda saham syarikat FAANG ini mampu memberikan pulangan yang baik sekiranya kita membelinya pada setahun yang lalu.
Bila kita beli saham Facebook setahun yang lalu, kita telah pun mendapat pulangan sebanyak 47%. Bila kita beli saham Apple setahun yang lalu, kini harganya telah meningkat sebanyak 103%.
Peluang ini masih ada, belum terlambat lagi.


4. Boleh Kembangkan Ilmu Dengan Lebih Meluas
Apabila kita membeli saham di Bursa Malaysia, sudah tentu kita lebih peka dengan berita semasa, keadaan ekonomi semasa, keadaan politik semasa dan semuanya lebih tertumpu kepada apa yang berlaku di dalam negara. Apabila kita melabur saham global atau di Amerika Syarikat pula, sudah tentu kita perlu mengambil berat dan lebih peka terhadap catalyst di luar negara seperti ekonomi, politik, persidangan OPEC, non-farm payroll, dan banyak lagi.
Ini secara tidak langsung memberi kita peluang untuk belajar mengenai pasaran saham luar negara dan perkara-perkara yang mempengaruhi turun naiknya pasaran saham global.
5. Boleh Aplikasikan Teknik Beli Saham Yang Kita Pakai Di Bursa Malaysa Ke Pasaran Global
Kita biasa beli saham menggunakan teknik Buy On Breakout atau Teknik Buy On Dip? Atau beli saham guna kaedah Fundamental dengan memberi penekanan kepada CANSLIM atau formula-formula tertentu?
Jangan risau. Kita juga boleh membeli saham global dengan menggunakan teknik yang sama. Sekiranya saham tersebut telah memecahkan paras resistance diikuti pula dengan volume yang besar, kita boleh menggunakan teknik buy on breakout untuk membeli saham tersebut.
Cuma pasaran Wall Street tak sama dengan Bursa Malaysia. Sebab itu kita perlu belajar lagi.
Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




