
Jumaat yang lalu pada tarikh 2 Oktober 2020, dunia digemparkan dengan kicapan atau tweet daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald John Trump menyatakan beliau dan isterinya kini positif Covid-19 dan akan melalui fasa kuarantin untuk proses pemulihan daripada wabak penyakit tersebut.
Kenyataan daripada tweet ini kontra dengan sikap Trump yang tidak mengambil berat terhadap isu pandemik Covid-19.
Dan kesan daripada SATU tweet tersebut…

Berlaku panic selling terhadap indeks hadapan Dow Jow (DJI futures) sehingga menyebabkan kejatuhan sebanyak 400 mata.

Manakala indeks hadapan NASDAQ (NASDAQ 100 futures) pula jatuh sehingga 200 mata kesan daripada tweet Donald Trump tersebut.
Ada Apa Dengan Tweet Donald Trump?
Bukan Donald Trump yang para pelabur takutkan, tetapi jawatan yang disandang oleh beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat. Uniknya cara pentadbiran Donald Trump apabila menggunakan media massa Twitter sebagai perantara dengan rakyat dan dunia luar untuk mengulas pandangan beliau terhadap pasaran ekuiti, syarikat dan termasuklah juga hal ehwal rasmi negara!

Bulan Ogos yang lalu, Donald Trump mengajak pengikutnya untuk berhenti beli tayar daripada syarikat Goodyear dengan mempermainkan agenda politik terhadap sekatan dikenakan kepada syarikat pakaian MAGA. Dan kesan daripada tweet beliau;

BOOM! Harga saham syarikat Goodyear Tire & Rubber gap down pada hari berdagang kemudiannya.

Syarikat gergasi permotoran AS, Ford Motor pun pernah menerima tempias baik dengan tweet Donald Trump. Kesannya:

Ford Motor membuat kenaikan gap up kesan daripada tweet tersebut.
Bahkan kini, banyak kajian yang telah dilakukan khas untuk mengkaji kesan tweet Donald Trump dengan ekonomi dan pasaran modal.


Kita sedia maklum nilai dagangan eksport dan import Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia dan sudah tentu jika sebuah tweet dari Donald Trump mampu mengubah arah indeks pasaran modalnya, apatah lagi kesannya terhadap pasaran – pasaran modal lain di dunia ini.
Maka, kita sebagai pelabur global, perlulah berhati–hati ketika berdagang kerana Donald Trump boleh membuat kenyataan mengejut hanya dengan satu tweet sahaja!
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street





