• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Runcit, Individu Pasaran Modal Terus Meningkat – Pengerusi SC

in Berita
A A
Pelabur Runcit, Individu Pasaran Modal Terus Meningkat – Pengerusi SC

Sumber Gambar : The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Penyertaan pelabur runcit dan individu dalam pasaran modal Malaysia telah meningkat meskipun dalam persekitaran mencabar, sekali gus membuktikan keyakinan mereka terhadap pasaran tersebut, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Syed Zaid Albar.

Menurutnya, peningkatan itu dapat dilihat oleh pengurus pelaburan digital, platform pendanaan ekuiti (ECF) dan platform pembiayaan rakan setara (P2P), tukaran aset digital (DAX) serta broker dalam talian.

“SC sudah lama berperanan sebagai penyokong inovasi digital yang konsisten dan telah bekerjasama rapat dengan penggiat industri ketika tempoh pandemik COVID-19 ini dengan melancarkan pelbagai inisiatif digital yang menepati keperluan pasaran.

“Kami turut menggalakkan kerjasama dalam kalangan perantara dan penyedia e-perkhidmatan seperti platform e-dagang dan e-dompet untuk memperluas pengedaran produk-produk pasaran modal,” katanya ketika berucap merasmikian Persidangan Teknologi Kewangan (Fintech) SC x SC (SCxSC) di sini, hari ini.

Syed Zaid berkata, kesedaran terhadap produk dan perkhidmatan dalam talian itu serta penawarannya juga meningkat ketika tempoh kawalan pergerakan dan memberi manfaat di tengah-tengah kesuraman akibat pandemik itu.

Malah, katanya, SC dan industri turut bekerjsama erat bagi memanfaatkan peluang yang tidak dijangkakan namun dapat memberi impak positif untuk melonjakkan agenda digital pasaran modal.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para pelabur untuk mengutamakan pertimbangan sewajarnya bagi memastikan individu atau syarikat yang menawarkan produk pasaran atau perkhidmatan tersebut adalah tersenarai di daftar awam SC.

Mereka turut digesa membantu SC dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Dalam pada itu, beliau berkata SC telah meluluskan tiga lagi lesen pengurusan pelaburan tahun ini yang menjadikan tujuh lesen setakat ini.

“Pengurus pelaburan digital ini telah menarik banyak pelabur kali pertama dengan pembukaan hampir 90,000 akaun baharu pada tahun ini.

“Jumlah pembukaan menerusi broker dalam talian sahaja telah bertambah dan meningkat lebih 270 peratus tahun ini berbanding tahun lepas atau meningkat hampir empat kali ganda. Purata jumlah dagangan mereka juga meningkat tiga kali ganda tahun ini,” katanya.

Syed Zaid berkata tiga DAX yang telah diluluskan oleh SC pada tahun lepas juga telah beroperasi dengan empat aset digital dibenarkan untuk diniagakan pada platform berkenaan.

“Secara terkumpul, lebih 400,000 akaun telah dibuka menerusi tiga DAX berkenaan dengan nilai dagangannya melebihi RM100 juta pada Ogos lepas,” katanya.

Menyentuh usaha pengumpulan dana alternatif termasuk menerusi platform ECF dan P2P, beliau berkata jumlah dana tersebut telah melepasi paras RM1 bilion tahun ini yang memberi manfaat kepada lebih 2,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kelompok yang menyokong pertumbuhan itu adalah mereka yang berusia bawah 35 tahun yang mewakili 60 peratus daripada pelabur individu.

“Kewujudan pelabur runcit ini yang juga 84 peratus daripada pelabur individu yang mengambil bahagian, hanya membuktikan lagi tarikan platform-paltform sedemikian,” katanya.

Sementara itu, acara SCxSC itu diadakan pada 5-7 Oktober ini dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang scxsc.my atau bagi menonton penstriman secara langsung.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share229ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In