• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Positif Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan yang baik pada minggu ini apabila bursa tempatan itu mengekalkan momentum positifnya pada dagangan tengah hari ini. 

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.39 mata kepada 1,505.69 selepas dibuka pada 1,501.08.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 591 berbanding 336, manakala 412 kaunter tidak berubah, 757 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pasaran berjumlah 364.92 juta bernilai RM2.55 bilion. 

Indeks penjagaan kesihatan merupakan kaunter untung utama semasa sesi dagangan pagi, meningkat sebanyak 2.79 peratus diikuti indeks teknologi yang naik sebanyak 1.72 peratus.

Dalam kalangan indeks utama, 18 kaunter wajaran tinggi mencatatkan kenaikan, diterajui Top Glove yang meningkat 23 sen kepada RM8.99, manakala IHH naik tujuh sen kepada RM5.07 dan Hartalega menokok lapan sen kepada RM17.58. 

Indeks berkaitan kesihatan juga menguasai pasaran cergas dengan majoriti diterajui waran Supermax diikuti Kossan Rubber yang meningkat 46 sen kepada RM15.08, manakala pemain teknologi UWC melonjak 43 sen kepada RM6.43. 

Seorang penganalisis menjangka momentum pasaran berterusan sepanjang hari dagangan hari ini apabila para pelabur menjalankan aktiviti memperelokkan akaun menuju ke suku keempat. 

“Banyak saham telah terlebih jualan sepanjang bulan lepas dengan Bursa Malaysia meningkat ke paras 1,500,”  katanya. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 65.66 mata kepada 10,887.36 manakala Indeks FBM Emas Shariah menokok 104.61 mata kepada 13,026.24.

FBM 70 naik 169.60 mata kepada 14,368.58, Indeks FBMT 100 meningkat 60.96 mata kepada 10,711.16 manakala FBM ACE menambah 125.51 mata kepada 10,129.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.08 mata kepada 12,383.61, Indeks Perladangan naik 26.36 mata kepada 6,933.17 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.82 mata kepada 137.30.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In