• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sapura Energy Dapat Kontrak RM500 Juta Di Thailand

in Catalyst
A A
Sapura Energy Catat Kerugian Bersih RM669. 34 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Sapura Energy Bhd (SEB) telah memperoleh dua kontrak dari pelanggan jangka panjangnya di Thailand, dengan nilai gabungan melebihi RM500 juta. 

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Muhammad Zamri Jusoh berkata anugerah itu dibina atas perkongsian sekian lama SEB dengan pelanggannya di Thailand, memandangkan rekod prestasi terbukti kumpulan untuk kerja-kerja luar pesisir di negara berkenaan.

“Ia juga memaparkan strategi pembidaan untuk projek-projek yang selaras dengan selera risiko, keupayaan teras dan kecekapan penempatan kapal kami,” katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

 SEB berkata kontrak itu telah diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Sapura Energy (Thailand) Ltd (Seth) bagi kempen pemasangan dan penyingkiran serta perkhidmatan pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan bawah laut (IRM).

Kontrak pemasangan dan penyingkiran, yang dianugerahkan oleh Chevron Thailand Exploration and Production Ltd serta Chevron Offshore (Thailand) Ltd dijangka siap menjelang akhir 2026. 

SEB berkata pemasangan dan penyingkiran luar pesisir akan dilaksanakan oleh pasukan kejuruteraan dan pembinaan kumpulannya.

Sementara itu, tempahan perkhidmatan bagi khidmat IRM bawah laut SEB telah dianugerahkan oleh PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP) dengan skop kerja yang merangkumi operasi selam tepu untuk kemudahan di blok petroleum luar pesisir di Teluk Thailand (projek G1/61 dan G2/61).

SEB berkata operasi ini akan dilaksanakan oleh segmen perniagaan operasi dan penyelenggaraan kumpulan dengan menggunakan kapal pembinaan bawah laut khusus SEB, Sapura Constructor yang dilengkapi penginapan untuk 120 kakitangan termasuk fasiliti sokongan selaman sehingga 15 penyelam. 

“Kerja-kerja untuk IRM bawah laut telah bermula pada suku kedua 2025. SEB sudah pun melaksanakan kerja-kerja IRM bawah laut untuk PTTEP di Malaysia,” katanya lagi.

— BERNAMA

Tags: kontrakSEB
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In