• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Saham Kajian: Texchem Untung Sebab Sushi King, Tapi Segmen Lain Masih Lemah. Ada Peluang?

in Saham
A A
Saham Kajian: Texchem Untung Sebab Sushi King, Tapi Segmen Lain Masih Lemah. Ada Peluang?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bakal Pulih Meskipun Berdepan Kekangan Kecil

  • [25 Julai 2025] Saranan BELI dikekalkan
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.37 (SOP) daripada RM1.58
  • Potensi kenaikan harga saham 86%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 6%
  • Profil Syarikat

Ditubuhkan pada 1973, Texchem Resources (Texchem) ialah sebuah kumpulan syarikat multinasional bertapak di Malaysia yang menjalankan lima perniagaan yang pelbagai seperti Perindustrian, Kejuruteraan Polimer, Restoran, Bisnes Makanan dan Usaha Niaga; yang melibatkan penjualan bahan-bahan kimia industri, reka bentuk dan pengilangan pelbagai bahagian dan komponen berkaitan polimer, penyelesaian pembungkusan, pengurusan rantaian restoran, pemprosesan dan pemasaran barangan marin, kegiatan akuakultur, dan R&D.

  • Kenapa Prestasi Separuh Pertama (1H25) Sedikit Lemah

Untuk 1H25, perolehan teras Texchem ialah sebanyak RM4.3 juta, meningkat berbanding kerugian RM0.4 juta pada tempoh sama tahun lalu. Kelemahan ini berpunca daripada prestasi segmen perindustrian dan makanan yang tidak mencapai jangkaan.

  • Segmen perindustrian: Tekanan harga daripada pesaing China.
  • Segmen makanan: Harga global tepung ikan jatuh, menjejaskan margin.

Kami masih menjangkakan peningkatan perolehan pada 2H, diperkukuh oleh pemulihan jumlah jualan yang sedang berlaku, sumbangan daripada inisiatif-inisiatif perniagaan baharu, dan permintaan yang secara musimnya lebih kukuh. Kesemua hal ini patut menyokong keumpilan operasi. Dengan nisbah P/E semasa hanya sekitar 6x, saham ini kelihatan masih murah dan belum mencerminkan sepenuhnya potensi pemulihannya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

  • Ulasan Prestasi Kewangan

Secara tahunan, hasil 1H25 susut 0.6% YoY kepada RM566.8 juta, dipengaruhi oleh:

  • Segmen perindustrian: merosot 6.9% akibat harga jualan terlampau murah oleh China
  • Segmen makanan: susut 11.1%, selari dengan penurunan harga global bagi tepung ikan.

Namun begitu, margin EBITDA IH25 meningkat 1.7 mata peratusan kepada 8.5%, terutamanya hasil sumbangan yang lebih baik daripada segmen kejuruteraan polimer dan restoran.

Secara suku tahunan (QoQ), hasil pada 2Q25 meningkat sedikit sebanyak 0.7% kepada RM284.4 juta, disokong oleh:

  • Pemulihan dalam kejuruteraan polimer (+5.1%)
  • Peningkatan bermusim jualan restoran (+6.8%)

Walau bagaimanapun, untung teras merosot 7.9% QoQ kepada RM2.1 juta, terjejas oleh ketidaktentuan operasi di Myanmar yang menjejaskan segmen makanan.

  • Prospek Syarikat

Segmen kejuruteraan polimer dijangka akan menerima manfaat daripada pemulihan industri pemacu cakera keras (HDD) dan semikonduktor. Selain permintaan stabil daripada pelanggan industri perubatan. Beberapa projek baharu yang menjanjikan margin tinggi sedang berjalan dan ada lagi projek lain dalam perancangan dijangka menyokong peningkatan margin syarikat.

Segmen restoran pula akan diberi nafas baharu dengan usaha pengurusan memperkenalkan menu baharu dan memperluas cawangan ke kawasan luar bandar yang biasanya mencatat margin lebih tinggi. Kekuatan nilai ringgit turut membantu mengurangkan kos bahan mentah.

Namun begitu, segmen perindustrian terus bergelut akibat tindakan jualan pada harga rendah oleh China. Manakala segmen makanan yang kini memindahkan rantai bekalannya ke Thailand sejak FY24 bagi mengawal kesan kawalan FX, dan pihak pengurusan masih berharap halangan-halangan tersebut akan beransur-ansur mereda.

  • Ramalan dan penarafan

Kami telah menyemak semula unjuran keuntungan bagi FY25F–27F dengan penurunan masing-masing sebanyak 14%, 5%, dan 5%, selaras dengan andaian margin lebih rendah bagi segmen makanan dan perindustrian.

Berikutan itu, harga sasaran (TP) turut diturunkan kepada RM1.37 (termasuk premium/diskaun ESG 0%), berdasarkan P/E FY25F sebanyak 11.2x. Saham ini masih memiliki potensi pemulihan dalam jangka sederhana, terutamanya jika segmen kejuruteraan dan restoran mencatatkan pertumbuhan seperti dijangka.

  • Pemacu utama
    • i. Pemulihan jumlah jualan
    • ii. Meraih perniagaan/kontrak baharu

  • Risiko utama
    • i. Kenaikan kos bahan mentah
    • ii. Turun naik harga bahan kimia
    • iii. Persaingan

Penganalisis
Tai Yu Jie ([email protected])
Lee Meng Horng ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Texchem Resources : Bakal Pulih Meskipun Berdepan Kekangan Kecil; Kekal BELI  (25 Jul 2025)

Laporan Sebelumnya: Texchem Resources : Bertahan Dengan Baik Meskipun Ketika Faktor Musim Lemah; Kekal BELI (25 Apr 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Texchem Resources : Recovery In Sight Despite Minor Hurdles; Keep BUY (25 Jul 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In