KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka mendatar dan kemudiannya menyusut hari ini, mencerminkan kekurangan pemangkin dalam pasaran selepas prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.22 mata kepada 1,522.64 daripada 1,525.86 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.60 mata kepada 1,526.46.
Jumlah dagangan sebanyak 266.08 juta saham bernilai RM171.57 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lepas berikutan pasaran Amerika Syarikat (AS) mendatar selepas mencatatkan prestasi yang baik pada minggu tersebut.
“Dalam negara, FBM KLCI mengekalkan kestabilannya dan ditutup positif (minggu lepas) dalam situasi sokongan belian berterusan oleh institusi tempatan.
“Hari ini, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan berterusan dan indeks akan diniagakan dalam julat 1,520 hingga 1,530,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM9.57, Public Bank dan IHH, masing-masing berkurangan satu sen kepada RM4.30 dan RM6.56 manakala TNB dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM13.78 dan RM5.51.
Kaunter aktif diterajui oleh Nexg, yang menambah satu sen kepada 50.5 sen, diikuti Pharmaniaga dan Silver Ridge, masing-masing naik tiga sen kepada 18.5 sen dan 23 sen manakala TWL mendatar pada 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 32.39 mata kepada 11,447.44, Indeks FBMT 100 merosot 31.72 mata kepada 11,209.97 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 56.33 mata kepada 11,481.54.
Indeks FBM 70 berkurangan 82.02 mata kepada 16,615.70 manakala Indeks FBM ACE merosot 18.82 mata kepada 4,652.97.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 21.27 mata kepada 17,376.11, Indeks Tenaga berkurangan 0.73 mata kepada 738.40 dan Indeks Perladangan merosot 7.03 mata kepada 7,434.86 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.90 mata kepada 153.48.
— BERNAMA
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.