KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia rendah sedikit semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga menilai impak daripada tarif terkini Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagangnya, kata penganalisis.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.44 mata kepada 1,535.63 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.10 mata kepada 1,535.97, sebelum meningkat semula kepada julat positif untuk mencecah setinggi 1,538.08.
Pasaran secara menyeluruh negatif pada tengah hari, dengan 329 kaunter rugi mengatasi 256 kaunter untung manakala 702 kaunter tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.91 bilion unit bernilai RM803.56 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata situasi tarif terkini telah mewujudkan semula kebimbangan baharu berikutan tarif tersebut dijangka mendorong kenaikan inflasi dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
“Situasi tidak menentu ini telah menyebabkan hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun naik kepada 4.42 peratus.
“Bagaimanapun, kami percaya bursa tempatan disokong dengan baik dalam julat dagangan semasa. Oleh itu, indeks dijangka berada dalam julat 1,535 hingga 1,545 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.72, CIMB meningkat dua sen kepada RM6.70 dan Public Bank merosot satu sen kepada RM4.31 manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing kekal tidak berubah pada RM13.96 dan RM6.58.
Bagi saham paling aktif, NexG dan Wentel Engineering, masing-masing menambah 1.5 sen kepada 46.5 sen dan 33.5 sen serta Zetrix AI merosot satu sen kepada 99 sen.
Sementara itu, Tanco dan Hartanah Kenyalang, masing-masing naik setengah sen kepada 91 sen dan 15.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 1.94 mata kepada 11,541.64, Indeks FBMT 100 merosot 4.71 mata kepada 11,304.03 dan Indeks FBM Emas Shariah menurun 10.28 mata kepada 11,542.19.
Indeks FBM 70 merosot 13.33 mata kepada 16,748.02 dan Indeks FBM ACE berkurangan 13.33 mata kepada 4,520.75.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 32.15 mata kepada 17,640.28, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.58 mata kepada 153.51, Indeks Tenaga menambah 7.95 mata kepada 745.57 manakala Indeks Perladangan merosot 2.42 mata kepada 7,448.03.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout