- Saranan BELI
- Harga sasar TP RM2.64 dikekalkan
- Harga saham berpotensi naik 42%
- Kadar hasil dividen kira-kira 2% untuk FY26F (Jan)

Binastra Corporation sudah memperoleh kerja bernilai RM405 juta daripada Exsim Jalil Link, dan ini merupakan tawaran kerjanya yang kelima untuk FY26. Kontrak ini merangkumi kerja-kerja bangunan utama dan prasarana projek untuk dua buah blok pangsapuri yang menempatkan 1,004 buah unit kediaman di Bukit Jalil. Kerja ini bakal disiapkan dalam masa 41 bulan mulai tarikh mula pembinaan yang masih lagi belum ditetapkan.
- Butiran lanjut
Kontrak ini melibatkan sebuah projek bernama The Queenswoodz dan projek keempat yang dianugerahkan kepada Binastra daripada Exsim Jalil Link untuk membangunkan tanah seluas 17.9 ekar milik Exsim Jalil Link di Bukit Jalil. Tiga kontrak sebelum ini termasuk dua pusat data (kira-kira 15MW setiap satunya) dan kondominium The Kingswoodz (Rajah 3). Oleh itu, nilai kumulatif kontrak yang diraih untuk keempat-empat projek tersebut oleh Binastra di atas tanah berkeluasan 17.9 ekar adalah kira-kira RM1.8 bilion, dengan tiada lagi kerja yang akan menyusul untuk tanah tersebut. Margin untung bersih (NPM) untuk kerja ini dianggarkan mencecah lingkungan biasa antara 8-10%.


- Tawaran kerja baharu mencecah kira-kira RM1.4 bilion
Tawaran kerja baharu Binastra untuk YTD FY26 kini mencecah kira-kira RM1.4 bilion (berbanding andaian kami berjumlah RM4 bilion untuk FY26), dengan buku pesanan belum bayar bernilai RM4.6bilion. Mengikut jangkaan kami, baki sekitar RM2.6 bilion yang perlu dicapai oleh Binastra untuk memenuhi sasaran tawaran kerja berjumlah RM4 bilion untuk FY26F, sebahagiannya dijangka akan diperoleh daripada empat projek pembangunan bercampur yang ditawarkan oleh tiga klien utama iaitu EXSIM Development (EXSIM), Maxim Global (MAXIM MK) dan Platinum Victory. Berdasarkan anggaran kami (Rajah 1), kira-kira RM3.5 bilion kerja-kerja pembinaan masih belum lagi ditawarkan (RM1.5-2 bilion daripada jumlah ini akan diberikan tahun ini).

- Peluang baru dari Johor
EXSIM memiliki beberapa bidang tanah lain di Johor Bahru berhampiran Hotel New York dan di Jalan Lumba Kuda, dan projek-projek di kawasan-kawasan ini boleh mengaut nilai pembangunan kasar (GDV) kumulatif melebihi RM3 bilion atau nilai potensi pembinaan yang mungkin mengatasi RM1.5 bilion. Maxim Global, satu lagi klien penting, sudah mengambil alih tanah seluas 6.5 ekar di Taman Pelangi untuk tujuan pembangunan pada masa depan.

- Harga sasar TP RM2.64 dikekalkan
Tiada perubahan dibuat pada anggaran perolehan kami memandangkan tawaran kerja terbaru menepati jangkaan penambahan kerja kami untuk FY26. Dengan ini, TP RM2.64 kami kekal sama dan nilai ini diraih dengan mengikat EPS FY27F pada P/E FY27F 12x, iaitu lebih rendah daripada catatan kira-kira 16x oleh Indeks Pembinaan Bursa Malaysia sewaktu fasa kenaikan sektor pembinaan pada CY17. Hal ini tidak tidak wajar berikutan usaha-usaha pempelbagaian Binastra yang dijalankan di luar projek-projek hartanah bukan kediaman (loji rawatan air kumbahan dan pusat data).
- Faktor yang boleh mendorong kenaikan harga saham ialah:
- i) Meraih lebih banyak pelanggan baru untuk projek kediaman bertingkat tinggi
- ii) memperoleh kontrak EPCC untuk prasarana hijau menerusi bahagian tenaga boleh baharu yang baru saja ditubuhkan – Binastra Green Energy.
- Risiko utama:
- Membabitkan trend penambahan kerja yang perlahan
Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim ([email protected])
Baca laporan penuh: Binastra Corporation : Meneruskan Rentak Pemerolehan Kontrak; Kekal BELI (9 Jul 2025)
Laporan Sebelumnya: Binastra Corporation : Mencapai Momentum Stabil; Kekal BELI (20 Jun 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Binastra Corporation : Continuing Its Winning Streak; Stay BUY (9 Jul 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




