• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sunsuria Teroka Dua Projek Pembangunan Tinggi Di KL

in Catalyst
A A
Sunsuria Teroka Dua Projek Pembangunan Tinggi Di KL

Sumber Gambar : Sunsuria

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Okt  (Bernama) — Sunsuria Bhd telah menceburi pembangunan projek kediaman bertingkat tinggi di Bangsar dan projek komersial bercampur di sepanjang Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini.

Penglibatan itu bermula selepas syarikat tersebut menandatangani perjanjian langganan saham bersyarat dan pemegang saham dengan Bangsar Hill Park Development Sdn Bhd (BHP Development), Suez Capital Sdn Bhd, Dasar Temasek Sdn Bhd dan Sunsuria KL Sdn Bhd. 

Sunsuria dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia akan memperoleh 51 peratus kepentingan dalam pemaju hartanah BHP Development dengan harga RM8.44 juta. 

“Perjanjian itu akan membolehkan Sunsuria memajukan petak tanah pembangunan kediaman berukuran 3.97 hektar di sepanjang Lorong Maarof di Bangsar, yang akan dilancarkan secara rasmi di bawah nama, Bangsar Hill Park.

“Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.01 bilion, Bangsar Hill Park terdiri daripada lapan blok pangsapuri kediaman dan dianggarkan siap menjelang 2028,” katanya. 

Sunsuria juga memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat (SSPA) bagi mengambilalih syarikat pegangan pelaburan, Bumilex Construction Sdn Bhd dengan harga RM2. 

Bumilex, melalui anak syarikat 51 peratus Montflex Sdn Bhd, memiliki hak pembangunan ke atas dua plot tanah di sepanjang Lorong Tuanku Abdul Rahman di KL.

Di bawah SSPA, Sunsuria merancang untuk membangunkan tanah itu menjadi projek komersial bercampur bertingkat tinggi yang dikenali sebagai Nadi @TAR, yang memiliki keluasan keseluruhan sebanyak 0.47 hektar.

“Pembangunan yang dicadangkan mempunyai anggaran GDV berjumlah RM524.8 juta dan akan menampilkan ruang niaga tujuh tingkat, 22 tingkat suite pejabat dengan lobi pejabat, tempat letak kereta 10 tingkat, ruang pejabat 3 tingkat dengan dewan serbaguna serta satu tingkat ruang niaga,” kata Sunsuria. 

Pembinaan pembangunan komersial itu dijangka bermula pada separuh kedua 2021 dan dijadualkan siap menjelang akhir 2025.

Pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Sunsuria dalam jangka masa panjang melalui sumbangan pendapatan daripada projek pembangunan termasuk peluang cabang pembinaan kumpulan bagi menender kontrak pembinaan untuk membangunkan Bangsar Hill Park dan Nadi @TAR.   

‘Walaupun kami melaksanakan kehematan dalam pelaburan di tengah-tengah ekonomi COVID-19, kami tetap komited untuk melabur dalam perkongsian dan perjanjian yang memberikan nilai jangka panjang kepada pelanggan serta pemegang saham kami,” kata pengerusi eksekutifnya Tan Sri Ter Leong Yap. 

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In