• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki sentimen serantau yang optimis, bagaimanapun aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan baru-baru ini menjejaskan pasaran, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.56 mata atau 0.17 peratus kepada 1,547.65 daripada 1,550.21 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.07 mata kepada 1,546.14.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 185 berbanding 135, sejumlah 248 kaunter tidak berubah, 1,820  tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 209.16 juta saham bernilai RM115.45 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata minat belian dalam saham teknologi di Wall Street, dirangsang oleh perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam, dijangka merebak ke pasaran tempatan.

Sentimen di Amerika Syarikat bertambah baik selepas perjanjian dua hala, hasilnya, barangan Vietnam akan dikenakan tarif 20 peratus manakala duti sifar peratus terhadap barangan AS memasuki Vietnam.

“Susulan optimis mengenai perkembangan pusat data, peniaga mungkin memantau kaunter teknologi dan telekomunikasi. Dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), kami memihak kepada segmen tenaga solar dan tenaga boleh baharu termasuk Gas Malaysia dan BM Greentech.

“Memandangkan tekanan inflasi yang meningkat, ia mungkin membawa kepada penurunan dagangan pengguna,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare naik 2.0 sen masing-masing kepada RM9.78 dan RM6.85, CIMB menambah 4.0 sen kepada RM6.82, bagaimanapun Tenaga Nasional jatuh 44 sen kepada RM14.16, manakala Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.31.

Bagi saham aktif, NEXG dan TWL Holdings meningkat 0.5 sen masing-masing kepada 38.5 sen dan 3.0 sen, Techstore melonjak 2.5 sen kepada 20.5 sen naum Pharmaniaga merosot 1.0 sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 6.71 mata kepada 11,575.38, Indeks FBMT 100 merosot 8.40 mata kepada 11,352.37 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 22.04 mata kepada 11,577.79, Indeks FBM 70 menambah 33.09 mata kepada 16,644.33 manakala Indeks FBM ACE naik 2.79 mata kepada 4,481.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.70 mata kepada 17,733.46, Indeks Perladangan naik 7.43 mata kepada 7,403.39,  Indeks Tenaga menambah 1.08 mata kepada 748.25 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.31 mata kepada 154.78.

— BERNAMA

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In