KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Gamuda Bhd bersama Dong Pi Co Ltd berpangkalan di Taiwan dianugerahkan kontrak untuk pembinaan dermaga dan jalan penghubung bagi projek pembinaan Kaohsiung Port Intercontinental Liquefied Natural Gas (LNG) Terminal di Taiwan bernilai RM3.72 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat kejuruteraan itu berkata projek itu diberi kepada usaha sama tidak diperbadankan, Gamuda memegang 70 peratus kepentingan dan Dong Pi memperoleh baki 30 peratus.
Kontrak itu dianugerahkan oleh Taiwan International Ports Corp Ltd Cawangan Kaohsiung, pihak berkuasa pelabuhan milik kerajaan yang menguruskan Pelabuhan Kaohsiung.
“Projek berkenaan melibatkan pembinaan tembok laut berukuran 2.19 kilometer (km), 1.2 km jambatan penghubung, dermaga, pelantar pemunggahan, pelantar penghubung dan dok jenis caisson.
“Projek itu bertujuan untuk mewujudkan proses yang lengkap dan selamat untuk pemunggahan luar pesisir dan operasi LNG di darat serta memastikan pengimportan, penyimpanan dan pengegasan semula LNG yang cekap untuk penghantaran kepada Dalin dan pengguna sekitar,” katanya.
Gamuda berkata projek itu dijangka menjana pendapatan kira-kira RM2.60 bilion untuk syarikat dan menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan dari tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2026, seterusnya sehingga dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




