• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Positif Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh belian berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur kekal positif terhadap unjuran ekonomi, kata penganalisis.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.41 mata atau 0.55 peratus kepada 1,536.57 daripada 1,528.16 semasa ditutup pada Khamis lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.25 mata kepada 1,533.41.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 319 kaunter untung mengatasi 119 kaunter rugi, 321 kaunter tidak berubah manakala 1,680 tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 206.93 juta saham bernilai RM128.65 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan dijangka diniagakan tinggi hari ini, mencerminkan prestasi Wall Street yang memberangsangkan sejajar dengan penilaian yang menarik terhadap indeks utama.

“Selain itu, kami menyokong sektor pembinaan dan utiliti berdasarkan potensinya untuk meraih manfaat daripada pelaburan langsung asing Malaysia dalam pusat data dan pembangunan infrastruktur yang berterusan di seluruh negara.

“Sektor utiliti turut disokong oleh perbelanjaan modal Tenaga Nasional dan difahamkan sebanyak 66 peratus daripada peruntukan RM10 bilion dijangka digunakan pada akhir tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking merosot 2.0 sen kepada RM9.79, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik 1.0 sen kepada RM4.35 dan RM6.81. Tenaga Nasional menambah 22 sen kepada RM14.48 dan IHH naik 3.0 sen kepada RM6.75.

Bagi kaunter paling aktif, EA naik setengah sen kepada 1.0 sen, NexGram dan NexG, masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 36 sen. 

Nova MSC dan Digistar, masing-masing mendatar pada 6.0 sen dan 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 78.13 mata kepada 11,476.93, Indeks FBMT 100 menambah 76.88 mata kepada 11,258.24 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 111.63 mata kepada 11,452.76.

Indeks FBM 70 meningkat 179.42 mata kepada 16,450.08 dan Indeks FBM ACE naik 18.01 mata kepada 4,492.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 17.57 mata kepada 17,754.67, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.68 mata kepada 152.66, Indeks Perladangan menambah 13.73 mata kepada 7,342.75 dan Indeks Tenaga menokok 3.08 mata kepada 735.76.

— BERNAMA

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In