• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

iCents Group Sasar Pertumbuhan Serantau Selepas Penyenaraian

in Asas Saham, Catalyst
A A
iCents Group Sasar Pertumbuhan Serantau Selepas Penyenaraian

Gambar: The Edge Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Penyedia perkhidmatan fasiliti dan bilik bersih iCents Group Holdings Bhd (iCents Group) merancang untuk mengembangkan operasinya ke Singapura termasuk menubuhkan pejabat baharu di Kuching dan Indonesia susulan penyenaraiannya di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 17 Julai 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan Vincent Ong Mum Fei berkata syarikat itu mahu berkembang ke Singapura dan sedang menyediakan cadangan.

Dana yang dikumpulkan melalui tawaran awam permulaannya (IPO) juga akan digunakan bagi menubuhkan pejabat di Kuching dan Indonesia, yang akan menyokong operasinya di kawasan-kawasan berkenaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Mengenai Kuching, kami kini mempunyai aktiviti perkhidmatan yang berterusan di sana, dengan dua projek sedang berjalan. Selepas IPO, kami merancang untuk menubuhkan sebuah pejabat bagi melayani pasaran Kuching dan memperluaskan rangkaian produk kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan bersempena dengan pelancaran prospektus syarikat itu.

iCents Group menyasarkan untuk mengumpulkan RM27 juta melalui IPO, dan daripada hasil, RM4.68 juta akan digunakan bagi pembelian jentera dan peralatan, RM3.02 juta untuk pengembangan perniagaan, RM1.72 juta ke arah pembangunan produk, RM1.5 juta untuk aktiviti pemasaran dan RM4 juta sebagai anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Ong berkata syarikat itu akan membangunkan sebuah kemudahan di Mantin, Negeri Sembilan, tahun ini.

Sementara itu, Ong berkata iCents Group tidak melihat apa-apa kesan serta-merta dari tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Perkhidmatan bilik bersih syarikat itu melayani permintaan daripada sektor semikonduktor, elektronik, pusat data, farmaseutikal dan sains hayat.

“Kami tidak melihat apa-apa kesan segera daripada tarif baharu. Buat masa sekarang, banyak syarikat, terutamanya dalam sektor semikonduktor, mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

“Hanya terdapat kesan yang kecil terhadap perbelanjaan modal,” katanya.

iCents Group melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata langkah IPOnya membabitkan penerbitan awam sebanyak 112.50 juta saham biasa baharu, yang mewakili kira-kira 22.50 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan apabila disenaraikan, serta tawaran penjualan 30 juta saham sedia ada, yang mewakili kira-kira enam peratus daripada modal saham yang dibesarkan.

Daripada isu awam sebanyak 112.50 juta saham terbitan, 25 juta saham terbitan akan disediakan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian, 10 juta saham terbitan akan diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Sebanyak 15 juta saham terbitan akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih, manakala baki 62.50 juta saham terbitan akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Selain itu, kesemua 30 juta saham tawaran yang akan ditawarkan untuk dijual akan diberikan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian,” katanya.

Berikutan pelancaran prospektus, permohonan untuk terbitan awam dibuka mulai hari ini dan akan ditutup menjelang 5 petang, 2 Julai ini.

Alliance Islam Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan untuk langkah IPO tersebut.

— BERNAMA

Tags: iCent GroupIPO
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In