• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,511.97 daripada 1,511.95 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.99 mata kepada 1,512.94.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran secara menyeluruh negatif sedikit dengan 98 kaunter rugi mengatasi 82 kaunter untung. Sebanyak 227 kaunter tidak berubah manakala 2,016 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 52.84 juta saham bernilai RM25.57 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street ditutup mendatar selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan pendirian kadar faedahnya manakala ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus menjadi tumpuan.

Dow Jones Industrial Average merosot 44 mata atau 0.1 peratus, S&P 500 berkurangan 0.03 peratus manakala Nasdaq Composite naik 0.13 peratus.

Pasaran ekuiti di Asia ditutup rendah berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang masih belum selesai.

Sehubungan itu, Indeks Hang Seng di Hong Kong merosot sebanyak 1.12 peratus.

Pada peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup tinggi pada Rabu selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

Jumlah dagangan yang rendah mencerminkan pendekatan berhati-hati dalam kalangan pelabur berikutan risiko global yang berterusan dan keadaan pasaran yang tidak menentu.

“Kami menjangka dagangan akan kekal rendah berikutan kekurangan pemangkin dan risiko pasaran yang tinggi. Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,500 hingga 1,520 mata hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.64, Tenaga dan CelcomDigi, masing-masing kekal mendatar pada RM14.22 dan RM3.81, Public Bank merosot 3.0 sen kepada RM4.21 dan CIMB meningkat 3.0 sen kepada RM6.68. 

Dalam kalangan saham paling aktif, HLT Global merosot setengah sen kepada 5.0 sen, SNS Network Technology naik 2.0 sen kepada 55.5 sen, Dagang Nexchange meningkat 1.0 sen kepada 30 sen, Elridge Energy Holdings dan Dataprep Holdings, masing-masing tidak berubah pada 59.5 sen dan 11.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.37 mata kepada 11,304.18, Indeks FBMT 100 naik 2.36 mata kepada 11,082.46 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 0.04 mata kepada 11,310.38.

Indeks FBM 70 naik 12.45 mata kepada 16,213.24, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 7.04 mata kepada 4,434.30.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 12.10 mata kepada 7,250.14 manakala Indeks Tenaga merosot 2.06 mata kepada 738.55.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.98 mata kepada 17,434.41, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.26 mata kepada 149.80.

— BERNAMA

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In