Wakil dari Amerika Syarikat dan China selesai mengadakan rundingan perdagangan selama dua hari di London pada 10–11 Jun 2025. Kedua-dua negara bersetuju dengan satu kerangka awal untuk meredakan ketegangan dan selesaikan isu sekatan eksport.
Menteri Perdagangan AS, Howard Lutnick, kata perjanjian ini memberi bentuk lebih jelas kepada persefahaman lama, terutamanya berkaitan teknologi penting.
China bersetuju untuk melonggarkan sekatan eksport bahan logam dan magnet yang digunakan dalam pembuatan teknologi canggih. Sebagai balasan, AS akan tarik balik sebahagian sekatan terhadap cip semikonduktor dan teknologi berkaitan.
Kedua-dua negara kini menunggu kelulusan rasmi daripada Presiden Trump dan Presiden Xi sebelum ia dikuatkuasakan. Walaupun masih di peringkat awal, pengumuman ini berjaya tenangkan pasaran dengan harapan perang dagang akan reda dan rantaian bekalan akan kembali stabil.
Harga minyak pula kekal tinggi, naik hampir kr paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu. Kenaikan ini kerana pelabur menjangka permintaan tenaga akan naik apabila ekonomi global mula rancak semula.
Sumber: Investing.com