KUALA LUMPUR, 6 Jun — AMMB Holdings Bhd kembali dimasukkan sebagai salah satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi menggantikan Hong Leong Financial Group (HLFG) susulan semakan separuh tahunan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia.
AMMB sebelum pernah menjadi konstituen FBM KLCI dari 19 Dis, 2022 hingga 23 Jun, 2024 yang lalu.

Penyedia indeks FTSE Russell dan Bursa Malaysia mengumumkan keputusan pada 5 Jun hasil semakan separuh tahunannya untuk menggantikan HLFG dengan AMMB, selepas HLFG gagal memenuhi syarat kecairan minimum.
FBM KLCI, yang merupakan sebahagian daripada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, digunakan secara meluas oleh pelabur sebagai penanda aras utama bagi pasaran modal Malaysia, termasuk pasaran derivatif, melalui FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI) dan FTSE Bursa Malaysia KLCI Options (OKLI).
Indeks penanda aras itu juga diikuti oleh beberapa produk kewangan berkaitan indeks, seperti dana-dana dagangan bursa.
Sementara itu, Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 menyaksikan empat kemasukan baharu iaitu Kerjaya Prospek Group Bhd, SAM Engineering & Equipment Malaysia, Sunway Real Estate Investment Trust, dan Tropicana Corporation. Manakala yang dikeluarkan ialah AMMB Holdings, Bermaz Auto, D&O Green Technologies dan WCE Holdings.
Bagi Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, kemasukan baharu adalah Sime Darby Property manakala yang dikeluarkan adalah Scientex.

Semua perubahan konstituen itu berkuat kuasa pada 23 Jun, 2025, dengan semakan berikutnya ialah pada Disember 2025.
Sementara itu, senarai simpanan FTSE Bursa Malaysia KLCI yang terdiri daripada lima bukan konstituen terbesar indeks mengikut permodalan pasaran ialah Genting, IOI Properties Group, KPJ Healthcare, United Plantations dan Westports Holdings.
Senarai simpanan itu akan digunakan jika satu atau lebih konstituen dikeluarkan daripada FTSE Bursa Malaysia KLCI selaras dengan peraturan asas indeks dalam tempoh sehingga semakan separuh tahunan berikutnya.
— Sumber: Bursa Malaysia & BERNAMA

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.




