• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, March 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Takaful Malaysia Catat Keuntungan RM94.54 Juta Pada Suku Pertama 2025, Hasil Meningkat Kepada RM1.12 Bilion

in Catalyst
A A
Takaful Malaysia Umum Dividen Interim 13.5 Sen Bagi Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 TK2025) menyusut kepada RM94.54 juta daripada RM102.3 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata perolehan meningkat kepada RM1.12 bilion daripada RM958.42 juta sebelumnya, didorong oleh hasil takaful yang lebih tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kumpulan merekodkan perolehan takaful sebanyak RM980.6 juta bagi S1 TK2025.

“Pertumbuhan ini terutamanya didorong oleh pelepasan caruman yang lebih tinggi sebanyak RM37.7 juta dan jumlah lebih tinggi yang dicaj bagi perlindungan takaful di bawah Takaful Keluarga sebanyak RM93.2 juta, disumbangkan oleh pertumbuhan dalam perniagaan kredit kumpulan,” katanya.

Katanya, segmen Takaful Keluarga menjana perolehan takaful sebanyak RM608.2 juta pada S1 TK2025, iaitu meningkat 35 peratus berbanding RM449.6 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Peningkatan itu terutamanya disebabkan oleh jumlah yang lebih tinggi yang dikenakan perlindungan takaful iaitu RM93.2 juta dan pelepasan caruman lebih tinggi sebanyak RM44.3 juta.

Mengenai prestasi suku pertama, kumpulan itu berkata ia terus menjadi pengendali takaful pilihan pelanggan, dengan status perintisnya memberi kekuatan kepada jenama itu dan mengesahkan kepercayaan pelanggan terhadap produk serta perkhidmatannya. 

Kumpulan itu juga berkata ia akan terus berinovasi dan memperkenalkan produk yang sesuai dengan keperluan pelanggan, iaitu menawarkan kedua-dua nilai serta perlindungan.

Selain itu, katanya, Takaful Malaysia kini sedang memuktamadkan rancangannya mengenai pelancaran produk selanjutnya pada 2025.

“Kumpulan ini kekal teguh dalam komitmennya untuk mengembangkan perniagaannya dan meningkatkan kemampanan kami dan tanggungjawab kepada alam sekitar.

“Pendekatan kami kepada kemampanan adalah holistik, merangkumi tadbir urus yang teguh, penjagaan alam sekitar, tanggungjawab pelaburan dan sumbangan sosial yang bermakna,” katanya.

Justeru, menerusi inisiatif ini, kumpulan menyasarkan untuk mewujudkan kesan positif yang berkekalan, untuk memastikan masa depan yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: S1 TK2025Syarikat Takaful Malaysia Keluargatakaful keluarga
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In