• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

in Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Eco-Shop Marketing Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Eco-Shop Kekal Positif Terhadap Prestasi Dalam Persekitaran Peningkatan Harga


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Peruncit barangan isi rumah  Eco-Shop Marketing Bhd kekal optimis terhadap prestasinya meskipun menaikkan harga barangannya daripada RM2.40 kepada RM2.60 bulan lepas.

Ketua Pegawai Kewangannya Chong Yew Kai berkata syarikat itu menaikkan harga daripada RM2.20 kepada RM2.40 pada 2022 tanpa menerima sebarang reaksi negatif daripada pasaran.

“Saya tidak melihat sebarang perubahan dalam prestasi syarikat (selepas kenaikan harga), semuanya seperti yang dijangkakan. Jadi, kami tidak melihat sebarang reaksi negatif daripada pasaran.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Sudah tentu kami kini dalam tempoh peralihan. Kami menjangkakan prestasi yang kukuh pada masa hadapan,” katanya dalam sidang media selepas penyenaraian hari ini.

Baru-baru ini, Eco-Shop mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM61.72 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 28 Februari 2025, berbanding RM42.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi suku itu, hasil turut meningkat sebanyak 17.2 peratus kepada RM736.35 juta berbanding RM628.41 juta sebelum ini, didorong oleh peluasan rangkaian kedai kumpulan dengan pembukaan 26 cawangan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kepada 349 dalam suku berkenaan berbanding 278 dalam suku ketiga tahun kewangan 2024.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Eco-Shop Jessica Ng berkata syarikat akan menilai peluang untuk meneroka pasaran ASEAN pada masa hadapan, memandangkan segmen kedai runcit harga tetap (dollar shop) di rantau ini masih baru.

Kedai runcit harga tetap menawarkan pelbagai produk pada harga rendah dan tetap, termasuk barangan harian seperti keperluan rumah, snek, barangan penjagaan diri serta alat tulis dan perkakasan.

Bagaimanapun, beliau berkata buat masa ini kumpulan akan menumpukan kepada pengembangan perniagaan dalam negara agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati akses kepada produk mampu milik.

Setakat hari ini, Eco-Shop mempunyai 358 cawangan di Malaysia, terdiri daripada 336 kedai Eco-Shop dan 22 kedai Eco-Plus.

Hari ini, Eco-Shop membuat penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada harga RM1.25, iaitu premium sebanyak 12 sen berbanding harga tawaran awal (IPO) RM1.13, dengan 25 juta saham diniagakan.

Melalui proses penyenaraiannya, syarikat berjaya mengumpul dana sebanyak RM419.87 juta, dengan RM200 juta atau 51 peratus akan digunakan untuk pengembangan pusat pengedaran, RM56.27 juta (14.4 peratus) bagi pembukaan kedai baharu, dan RM8.52 juta (2.2 peratus) untuk perkakasan dan perisian IT.

Sementara itu, sebanyak RM100 juta atau 25.5 peratus akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank, manakala RM27.32 juta (7.0 peratus) diperuntukkan untuk perbelanjaan IPO dan penyenaraian, kata syarikat itu.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaChong Yew KaiEco-Shopkenaikan hargaruncit
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In