• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

in Catalyst, Market Update
A A
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) mengumumkan bahawa Sarawak Cable Bhd dan Annum Bhd sedang berhadapan dengan nyahsenarai dari bursa saham selepas permohonan masing-masing untuk pelanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi mereka ditolak.

Bursa tersebut melalui satu makluman ke Bursa Malaysia menjelaskan dagangan dalam kedua-dua sekuriti akan digantung berkuatkuasa mulai 28 Mei 2025.

“Sekuriti syarikat akan dinyahsenaraikan pada 30 Mei 2025 melainkan jika rayuan terhadap nyahsenarai itu dikemukakan kepada Bursa Securities menjelang atau sebelum 27 Mei 2025. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Apa-apa rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa rayuan tidak akan dipertimbangkan,” katanya.

Sekiranya syarikat-syarikat terbabit mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities dalam jangka masa rayuan, nyahsenarai sekuriti syarikat-syarikat tersebut dari senarai rasmi Bursa Securities pada 30 Mei 2025 akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Bagaimanapun, Bursa Securities berkata ia akan terus menggantung urus niaga sekuriti kedua-dua syarikat pada 28 Mei 2025 walaupun keputusan rayuan itu masih belum dimuktamadkan.

Selepas dinyahsenarai, syarikat-syarikat ini akan terus wujud tetapi sebagai entiti yang tidak tersenarai dan masih dapat meneruskan operasi serta perniagaan mereka termasuk meneruskan penstrukturan semula korporat dan para pemegang saham mereka masih boleh diberi ganjaran berdasarkan prestasi syarikat-syarikat ini.

“Bagaimanapun, para pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan didagangkan di Bursa Securities. Kepentingan serta hak pemegang saham akan tetap dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016,” katanya lagi.

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR

Tags: Bursa Malaysia Securitiesnyahsenarai
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In