• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Ulasan Keputusan: Johor Plantations Group [$JPG] 20 Mei 2025

in Saham
A A
IPO Johor Plantations Berharga 84 Sen Sesaham, Sasar Kumpul RM735 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Keputusan 1Q25 Menepati Jangkaan

  • Saranan BELI kekal
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.55 daripada RM1.65
  • Potensi kenaikan harga saham 31%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 5% untuk FY25F
  • Profil Syarikat

Johor Plantations Group ialah sebuah syarikat perladangan minyak sawit huluan yang beroperasi khususnya di Johor, Malaysia. Tumpuan utamanya adalah pada penanaman minyak sawit, dan juga mengeluarkan tandan buah segar (FFB).

Perolehan 1Q25 yang dicatatkan Johor Plantations Group memenuhi jangkaan kami dan konsensus. Perolehan ini dijangka melemah sedikit secara QoQ kerana purata harga jualan (ASP) jatuh tetapi penurunan ini mungkin diimbangi oleh kadar daya kerja yang semakin pulih. JPG terus diniagakan pada kiraan P/E menarik sebanyak 11x untuk FY25F, iaitu pada paras sederhana dalam lingkungan 8-16x yang dicatatkan syarikat pesaing.

  • Keputusan Perolehan

Perolehan teras 1Q25 menokok 53% YoY (-24% QoQ) kepada MYR70.5j, yang merangkumi 25% ramalan sepenuh tahun kami dan konsensus. Pertumbuhan YoY ini didorong oleh paras ASP CPO lebih tinggi (+22% YoY), yang diimbangi oleh keluaran FFB semakin lemah pada 1Q25 (-10% YoY). JPG mengumumkan DPS sebanyak 1 sen pada 1Q25 yang bermakna nisbah bayaran dividen mencecah 33%.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

  • Keluaran FFB

Keluaran FFB untuk 1Q25 menjunam 25% QoQ (-10% YoY), akibat hujan lebat di Johor yang menjejaskan kawasan berkeluasan 2,798ha (5% daripada kawasan tanaman). Pada 4M25, situasi ini bertambah baik sedikit dengan keluaran FFB meningkat kepada -8% YoY, iaitu bawah paras +5% yang kami dan pihak pengurusan bayangkan untuk FY25. Namun begitu, JPG mengekalkan sasarannya untuk FY25 kerana kenaikan keluaran diramalkan lebih besar mulai bulan Mei dengan ia mencapai paras puncak pada 3Q25F. Kami tetap konservatif, dan merendahkan pertumbuhan FFB kepada +3% daripada +5% untuk FY25F, dan menyemak anggaran pertumbuhan kami kepada +4-5% untuk FY26-27 daripada +5-6%.

ASP CPO adalah sebanyak RM4,969/tan pada 1Q25 (+3% QoQ, +22% YoY), iaitu 5% lebih mahal daripada harga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), manakala ASP isirung sawitnya (PK) melambung naik 65% YoY kepada R3,989/tan (7% lebih tinggi daripada harga MPOB). Seperti biasa, JPG tidak menjual keluarannya ke hadapan tetapi memperoleh harga lebih mahal berbanding harga MPOB untuk 70% keluarannya pada tahun 2025, iaitu RM130-200/tan. Buat masa ini, kami mengekalkan ramalan premium ASP CPO kami sebanyak 3% untuk FY25-27.

Kos unit CPO menokok 6% YoY kepada RM2,228/tan pada 1Q25 (berbanding andaian kami sebanyak +3% YoY pada FY25 dan andaian kos unit mendatar oleh JPG) disebabkan oleh keluaran lebih lemah. JPG hanya menggunakan 11.2% daripada keperluan bajanya pada 1Q25 kerana cuaca hujan lebat. Oleh demikian itu, ia meramalkan kos unit akan meningkat pada suku-suku berikutnya ekoran kegiatan pembajaan yang lebih agresif walaupun diimbangi oleh harga baja lebih murah (baja ditenderkan pada harga 10% lebih murah YoY untuk FY25). Mempertimbangkan hal ini, kami menaikkan andaian kos unit sedikit untuk FY25-FY27.

Secara keseluruhannya, kami rendahkan perolehan FY25-27F sebanyak 5% untuk setiap satu tahun selepas membuat semakan andaian pertumbuhan FFB lebih rendah dan kos unit lebih tinggi.

Saranan BELI kekal, dengan TP lebih rendah MYR1.55 diraih berdasarkan P/E 2025F 14x, dengan premium ESG 4% dimasukkan dalam pengiraan kerana markah ESG-nya ialah 3.2. JPG diniagakan pada P/E FY25F 11x yang mencapai paras sederhana dalam julat 8-16x yang dicatatkan syarikat pesaingnya. Risiko-risiko utama termasuk ketidaktentuan harga CPO dan keadaan cuaca buruk.

  • Faktor pemacu utama
    • i. Kenaikan harga CPO
    • ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi
    • iii. Permintaan lebih tinggi untuk minyak sawit lestari

  • Risiko utama
    • i. Pergerakan tidak menentu harga CPO
    • ii. Risiko cuaca
    • iii. Kesan negatif akibat perubahan dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Johor Plantations Group: Keputusan 1Q25 Menepati Jangkaan; Kekal BELI (20 Mei 2025)

Laporan Sebelumnya: Johor Plantations Group: Prestasi Tahunan Cemerlang Atasi Jangkaan; Kekal BELI (18 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Johor Plantations Group: 1Q25 Results In Line; Stay BUY (20 Mei 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

PRA-DAFTAR WEBINAR TRADE FCPO!!


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In